Aku Terfikirkan Kau

 Celia

Bahagian 464

AKU TERFIKIRKAN KAU

Ada beberapa cara untuk mengatakan aku terfikirkan kau tanpa meluahkan apa-apa perkataan. Kita tak selalunya sedar beberapa doa yang tak terluahkan mengharapkan seseorang untuk terus berada di samping kita. Ketika kawan kau menghulurkan buku kegemaran kau, apabila ada poskad dalam peti surat kau, makanan kegemaran menanti di ruang dapur selepas kau lulus UPSR yang kau fikir mungkin akan gagal, berkongsi lagu, mungkin satu mungkin dua mungkin tiga, ketika cerek bersiul kerana si dia tahu sekarang waktu kau minum secangkir teh. Mungkin juga dengan kata-kata aku sudah tempah kedai yang kita teringin itu, atau jom isi pasu kosong itu dengan bunga.

Aku terfikirkan kau, itulah perkara yang halus untuk diluahkan, seperti ketika mereka memotong sandwich kau kepada dua kerana tahu kau sukakannya, atau ayat aku buatkan kau air Milo panas, atau aku dengar kau suka benda ini, atau aku buat macam ini sebab aku tahu kau suka macam ini.

Banyak cara untuk mengatakannya, tapi berapa banyak yang kita terlepas daripada menyedarinya? Kehalusan pemikiran yang tidak terluahkan walaupun dengan sebuah ciuman, banyak cara meluahkannya tapi berapa banyak yang mereka dengar dari mu? Sebuah mesej yang jelas tak semestinya lantang.

Ada banyak cara untuk mengatakannya, dan kadangkala kita tiada petunjuk tentangnya. Sepertimana ketika seseorang membaca puisi ini, dan dia terfikirkan kau.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir