Jangan Bunuh Diri
Jangan Bunuh Diri
Jangan bunuh diri hari ini sebab tiada siapa yang akan habiskan ayam di dalam peti sejuk.
Jangan bunuh diri hari ini sebab saya dengar berita Starbucks akan dibuka di kampung kita tak lama lagi, bila-bila sahaja dalam bulan depan.
Ya, mak kau akan rindukan kau.
Ya, rakan-rakan kau akan ceritakan betapa baiknya kau di siaran Facebook mereka.
Ya, bunuh diri adalah penyelesaian kekal untuk masalah yang sementara.
Tapi kau tahu itu, kau tahu semua itu.
Semua orang sudah ingatkan itu berkali-kali dekat engkau sejak hari pertama kau belajar perkataan bunuh diri.
Semua slogan itu mungkin sudah pun basi tapi apa-apa yang boleh menahan kau dari bunuh diri semua itu adalah ayat-ayat yang bernilai.
Jadi jangan bunuh diri sebelum kau berjaya habiskan shampoo dan perapi rambut serentak.
Jangan bunuh diri selagi artis kegemaran kau belum diboikot.
Jangan bunuh diri selagi kau tak boleh cerita pada orang tentang resipi rendang terbaik yang kau sudah buat.
Jangan bunuh diri sebab aku akan beri lebih banyak alasan dan aku nak kau dengar semuanya.
Jangan bunuh diri.
Aku sayang kau.
Kau orang penting aku.
Semua itu cuma hari yang buruk bukannya kehidupan yang buruk.
Ada banyak lagi benda dalam hidup ini.
Dunia akan tetap berputar walaupun kau tiada.
Tapi fikirlah tentang semua fajar indah yang kau akan terlepas.
Fikirlah tentang semua tangisan yang kau takkan mampu usap.
Fikirlah tentang pergaduhan artis di Twitter.
Anak kucing dan ikan laga.
Fikirlah tentang bunga matahari dan rasa yogurt sejuk yang kita akan makan.
Aku tahu semua ini kedengaran tak penting apabila kau duduk di hadapan semua benda fikirkan semua ini tak berguna.
Bila kau fikir semula ucapan selamat tinggal dan semua yang datang hanyalah kegelapan sehingga kau tak nampak apa-apa.
Tapi ini bukan tentang melihat apa-apa.
Ini tentang menyalakan lampu.
Ini tentang mencari katil berbanding tali gantung.
Ini tentang memberikan diri kau peluang satu hari lagi.
Walaupun mengambil masa 10,000 pagi lagi sebelum kau bangun dan terfikir 'aku tak sabar untuk hari esok'.
Ini tentang teruskan hidup disebabkan hari raya.
Ini tentang teruskan hidup sebab kau tak pernah belajar cara membuat kek lapis Sarawak.
Ini tentang teruskan hidup sebab masa depan masih mendatang untuk menemuimu.
Kau tak perlu melihatnya.
Kau hanya perlu percaya yang kau boleh lakukannya.
Comments
Post a Comment