Siapa Gaduh?

Siapa Gaduh?

November 22, 2022

Kota Samarahan: Beberapa hari lepas, saya ada bermain Instagram, saya terjumpa satu pos di mana terdapat gambar dua watak di dalam bas awam, pertama watak lelaki yang sedang duduk, di dalam perutnya terdapat ayam golek yang sedap, manakala watak kedua adalah seorang wanita mengandung sedang berdiri, di dalam perutnya ada bayi, mestilah kan, mengandung kan?

Jadi terdapat tulisan pada posting tersebut yang tertulis “berikan tempat duduk kepada orang yang membawa perkara lebih penting” dalam erti kata lain berikan tempat duduk kepada wanita mengandung lah memandangkan mereka membawa bayi, watak lelaki tadi bawa ayam golek dalam perut. Mestilah saya setuju dengan posting itu memandangkan itu kod moral umum dalam masyarakat kita, muliakan wanita terutamanya yang mengandung, layan mereka seperti mana kita mahu ibu kita dilayan.

Saya lihat bahagian komen, ramai yang secara berjenaka menafikan masej tersebut dan memainkan isu feminism dan hak kesamarataan jantina. Jadi saya terfikir “mungkin saya patut sertai” lebih kurang begitulah. Jadi saya tulis komen “tak perlu, wanita itu seorang yang berdikari dan kuat, jangan melayannya seperti seorang yang lemah” dengan niat berjenaka. Buat yang tak faham, saya juga memainkan isu feminism dan hak kesamarataan jantina dengan memaksudkan perempuan mengandung itu seorang wanita yang kuat tidak kurang dari lelaki, jadi tak perlu beri tempat duduk kepadanya. Iyalah kan, kesamarataan jantina, perempuan sama seperti lelaki, kalau faham itu faham lah, kalau tak faham sudahlah.

Menariknya, tak sampai beberapa minit saya telah menerima belasan balasan komen. Lebih menarik lagi balasan tersebut bukan mengecam saya tapi beberapa orang bergaduh sesama mereka tanpa melibatkan saya. Seorang lelaki menyokong penyataan saya, ada wanita yang mengecam lelaki tersebut, dan pihak lain masuk campur pertahankan pendirian kedua pihak itu. Kemudian mereka berdebat dan balasan komen mereka semakin panjang. Penyataan yang dikeluarkan semakin personal. HAHAHAHAHAHHA SERONOK WEH. NIKMAT APAKAH INI? SERONOKNYA BACA PERGADUHAN ITU HAHAHAHA.

Setiap minit ada sahaja notifikasi yang menarik. Saling menuduh zalim, misagonis, tiada moral, tiada keupayaan umum (common sense) dan banyak lagi. SERONOK BETUL LAH HAHAHAHAHAHAHA.

Apapun saya jadi terfikir, adakah imej saya terjejas kerana itu? Kenapakah saya rasa seronok dengan perkara negatif tersebut? Kenapakah mereka bergaduh sesama mereka? Adakah mereka akan bergaduh jika secara berhadapan? Adakah terdapat situasi sebegini dalam dunia sebenar? Situasi di mana terdapat orang yang mencetuskan isu dan terhibur melihat orang lain yang gelisah terhadap isu tersebut tanpa menjejaskan pencetus isu.

Apapun persoalannya, saya harap setiap pihak yang kemukakan apa-apa penyataan mengemukakannya dengan tujuan untuk merancakkan perbincangan atau menegakkan kebenaran dan bukannya berlandaskan ego semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir