Mari Kahwin
Mari Kahwin
Disember 5, 2022
Kota Samarahan: Ingat tak bila ramai-ramai kawan saya nak kahwin? Ya, belum habis lagi. Tak lama lagi cuti semester, hujung tahun, jadi memang seronok, bukan saya, tapi kepada dua lagi kawan saya yang akan berkahwin. Nab dan Mira. Si Nab ini rakan sekelas saya. Ya, kawan sekelas saya semua laku-laku semuanya. Nab akan kahwin hari ahad, kira-kira seminggu selepas saya balik kampung. Insyaallah kendurinya saya datang, walaupun terletak di utara tanah air.
Si Mira ini pula kawan semasa PLKN. Yang saya tahu dia baru habis belajar, sekarang terus nak kahwin hahahaha terbaiklah. Sebab dia antara perempuan yang saya anggap setingkat ustazah lah, si Nab pun sama, tapi ini memang setingkat ustazah. Si Mira pula akan kahwin pada hari sabtu. Kira-kira seminggu selepas si Nab ini berkahwin. Insyaallah saya akan usahakan untuk datang kedua-duanya.
Tak berhenti di situ ya, awal tahun depan dua lagi kawan saya akan berkahwin. Ya, betul. Marilah kahwin beramai-ramai. Yang akan kahwin bulan satu ini adalah Faiz dan Epa, kedua-duanya sama kelas dengan saya. Lebih menarik, mereka berkahwin sesama mereka. Ya, eloklah jodoh satu kelas. Dulu orang kata bercinta satu kelas ini ibarat sumbang mahram, tapi abaikan saja orang kata. Jodoh kita, kita tentukan hahahahah.
Mungkin sudah sampai masanya saya akui, saya bukan berada di umur muda sekarang. Bukan remaja, kita sudah dewasa. Buktinya sudah ramai yang tampil pikul tanggungjawab mendirikan masjid menghubungkan silaturrahim sesama umat Islam melalui cinta dan komitmen.
Apa saya kena buat? Kena gelabah? Hahahaha mungkin, tapi yang penting jangan tergopoh-gapah nak kahwin semata-mata untuk mengejar kawan-kawan yang kita anggap sudah terkedepan dalam kehidupan. Jodoh ini kerja tuhan, kalau ada adalah, kalau tiada ya sudahlah. Tapi beringat juga, usaha mencari jodoh itu kerja manusia, tiada jodoh datang bergolek melainkan kalau saya lebih kacak daripada Shah Rukh Khan. Jodoh saya kalau baca ini, zamzam alakazam, cepatlah muncul.
Comments
Post a Comment