Keghairahan Jiwa
KEGHAIRAHAN JIWA
November 17, 2022
Kota Samarahan: Hari ini saya tonton satu drama melayu, Viu Original, tajuknya Ganjil (Wonderers).
Secara umumnya cerita ini memang seronok, tak macam drama biasa di TV3, cumanya cerita cinta kan, kiranya kurang mesra lah dengan insan yang bujang apatah lagi yang tak berpasangan. Kesian, tapi tonton juga lah sebab seronok. Tapi ada satu isi penting yang menarik dalam cerita itu.
Ada satu babak di mana watak lelaki utama, Fattah Amin sedang temu janji dengan watak perempuan, Fatin Afeefa.
Dalam babak itu mereka sedang berada di restoran mewah, Fatin tanya Fattah tentang apa yang menarik berkenaan diri Fattah, dan Fattah menjawab tiada apa-apa yang menarik. Disebabkan itu sepanjang temu janji tersebut sunyi tanpa perbualan, hasil temu janji tersebut tidak membuahkan tautan hubungan kerana tiada komunikasi bermakna yang berlaku.
Seterusnya pada temu janji kedua, Fattah membawa Fatin ke sebuah galeri seni, dan di situlah Fattah ceritakan tentang minatnya yang mendalam terhadap seni terutama seni visual. Dalam temu janji itulah Fatin merasakan hubungan antara dia dan Fattah menjadi semakin rapat. Seolah-olah Fattah membiarkan Fatin meneroka tentang siapakah Fattah. Akhirnya Fattah dan Fatin mempunyai hubungan yang istimewa kerana temu janji itu.
Jadi apa isi penting itu? Isi penting yang tiba-tiba dapat daripada babak itu ialah seseorang akan lebih mengenali kita jika dia tahu apa yang kita suka, ataupun istilah yang digunakan dalam drama itu ialah Passion. Passion ini boleh lebih sopan diterjemahkan sebagai minat. Bahasa kurang sopannya tapi lebih tepat adalah keghairahan. Salah satu cara untuk mengenali seseorang adalah dengan cara mengetahui keghairahannya dan cara untuk membiarkan orang mengenali kita adalah dengan mendedahkan keghairahan kita. Sama ada keghairahan itu adalah sukan kegemaran, impian, hobi, ataupun apa sahaja yang membuat kita rasa suka.
Persoalan yang timbul dalam diri penulis; adakah kita tahu keghairahan diri kita sendiri? Kalau kita tak tahu, adakah kita kenal diri sendiri? Kalau kita tak kenal diri sendiri, adakah orang lain akan kenal kita? Adakah kita sayang diri sendiri kalau kita tak tahu minat kita sendiri? Bolehkah orang sayangi kita tanpa kenali apa yang kita suka? Banyak tanya pula HAHAHAHAHA.
Comments
Post a Comment