Bangkitkan Industri Nasyid

Bangkitkan Industri Nasyid

November 26, 2022

Kota Samarahan: Baiklah, kalau memang industri nasyid kering idea ingin menghasilkan lagu nasyid yang baharu, saya ada idea. Idea ini memang cantik punya.

Kalau memang tiada idea untuk tulis lirik nasyid, saya tahu siapa yang ada idea. Sekolah. Ya, SEKOLAH. Marilah kita jujur, banyak sekolah-sekolah sebenarnya ada lagu nasyid tersendiri yang memang kumpulan nasyid sekolah itu sahaja yang nyanyi. Lebih-lebih lagi kumpulan nasyid yang bertanding dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Jangan kata peringkat kebangsaan, peringkat negeri pun ada. Selalunya sekolah-sekolah agama, terutamanya sekolah menengah. Memang ada lagu nasyid sendiri. Jadi, apa perlu buat? Senang.

Pertama, syarikat-syarikat kumpulan nasyid ini pergi beli sahaja lah lagu nasyid tersebut daripada pihak sekolah. Apa? Bagaimana hendak tahu sekolah mana yang ada lagi nasyid sendiri? Lahhhh. Pergilah ke pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Ke peringkat negeri pun tiada masalah. Memang ada. Dengar nasyid mereka. Berkenaan? Beli terus lah. Ataupun buka sahaja YouTube. Banyak kumpulan nasyid sekolah. Semuanya nyanyikan lagu tersendiri. Hubungi mereka. Runding, kemudian terus beli. Sudah beli, buatlah macam lagu sendiri, nyanyi, terbitkan. Macam itu sahaja.

Apa? Tiada penyanyi? Penyanyi sudah tua? Tiada kumpulan nasyid? Jangan risau. Kita ada cara kedua. Kedua, terbitkan lagu nasyid tersebut dengan penyanyinya kumpulan nasyid sekolah itu sendiri. Mudah. Takut ganggu pelajaran mereka? Tidak perlu. Pihak sekolah memang suka jika pencapaian selain akademik murid mereka menonjol. Betul, saya tak tipu. Buat rakaman dengan kumpulan nasyid sekolah tersebut. Terbitkan lagu mereka.

Apa? Alat muzik yang digunakan tidak kontemporari? Takkan lah itu pun saya kena ajar. Gubahlah semula muzik nasyid tersebut. Mesti pemain muzik pandai bahagian itu. Sudah beli lagi kan? Buatlah macam lagu sendiri. Ubah mana yang perlu, gubah yang patut, tambah baik, barulah terbitkan. Barulah sedap nyanyian, bunyi profesional, tak macam tahap sekolah-sekolah.

Saya boleh bagi banyak lagi saranan, tapi asas yang dibawa adalah sama; gunakan nasyid sekolah-sekolah. Sumpah saya bagitahu, lirik mereka mantap, melodi mereka baik, cuma perlu dimurnikan agar boleh dikomersialkan. Itu sahaja. Industri nasyid, tolonglah buat sesuatu.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir