Kenapalah Gelabah?

Kenapalah Gelabah?

November 28, 2022.

Kota Samarahan: Hari terjumpa dengan pujaan hati. Sudah nampak dia, tak nak fikir banyak, saya ingat nak menyapa dia. Tiba-tiba dia nampak saya. Saya tengok dia, dia tengok saya. Mata bertemu mata. Terus saya gelabah. Apa saya buat? Ya, seperti jejaka yang sebenar, saya menyapa kawannya, dan teruskan perbualan tanpa menyertakan dia dan akhirnya pergi tanpa memandang dia lagi.

ARGHHHHHHH! GELABAHNYA RASA SAMPAI SEKARANG YA TUHAN. KENAPALAH AKU GELABAH. KENAPALAH AKU ABAIKAN DIA TADI. SUDAHNYA DENGAN KAWAN DIA JUGA YANG AKU BERCAKAP TADI HAIHHHH.

Serta merta saya teringat suatu ketika perkara yang paling jarang berlaku telah berlaku. Pujaan hati pernah cuba memulakan perbualan dengan saya. Pada ketika itu, dia sedang berbual dengan rakannya, maksudnya rakan kami lah, saya ada di situ juga, entah bagaimana perbualannya saya tak ingat, tetapi tiba-tiba rakannya mengaitkan si pujaan hati itu dengan saya. Kemudian si pujaan hati berkata dengan nada bertanya seolah-olah meminta kepastian, sambil memandang tepat kepada saya, "kau tak suka aku kan?".

Saya memandang dia, dia pandang saya, ada senyuman sedikit, saya jadi gelabah terus saya jawab, "tak, tak suka langsung" terus saya larikan pandangan. Hati saya menjerit: WOIIII!!!! BUKAN!!! APA KAU JAWAB NI!!! TUKAR JAWAPAN!!! TUKAR!!!!

ARHHHHHH!!!!

Nada si pujaan hati waktu itu, tidaklah serius, ada bunyi candaan sedikit, tapi saya sendiri boleh tahu soalan itu sebenarnya jujur. Sebab saya memang jarang bercakap dengannya walau sudah kenal bertahun-tahun. Lebih parah lagi, saya agak rapat dengan rakan-rakannya kerana selalu bertanya khabar pada mereka, padahal niat asalnya nak berbual dengannya, tapi sebab tiba-tiba gelabah kan, terus bertukar orang.

Aduhai, rasa tak tenang hati, harapnya dia tak terasa bila saya abaikannya ataupun bila saya cakap tak suka dia. Benda sudah jadi, walaupun saya tak tahu apa pandangan dia terhadap saya, saya haraplah yang dia tak menganggap yang saya memang tak mahu rapat dengan dia.

Pelik betullah, dengan orang yang kita tak berkenan kita boleh jadi rapat dan mesra, tapi dengan orang yang kita suka tiba-tiba kita boleh berubah dingin. Ada cara tak supaya hilang gelabah ini?

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir