K-POP yang Lirikal
K-POP yang Lirikal
November 23, 2022
Kota Samarahan: Saya sudah lama terfikir tentang perkara
ini. Saya sebenarnya seorang penggemar lagu genre K-POP, khususnya artis JYP
iaitu Twice. Lagu mereka sangat menagihkan dengan rentak dan melodi yang memang
mengasyikkan. Ramai yang kata lirik lagu K-POP tidak bermakna, tiada maksud
yang koheran dan sekadar memenuhi melodi yang merdu semata-mata. Saya bersetuju
dengan mereka kerana saya pernah mendengar lagu-lagu K-POP sebegitu. Namun
semuanya berubah apabila saya menonton sebuah video.
Seorang penyanyi inggeris menyanyikan lagu Love Dive
nyanyian asal oleh kumpulan IVE dengan lirik bahasa inggeris. Apa yang
mengejutkan ialah betapa lirikal yang lagu yang dinyanyikan tersebut, sangat
puitis yang mempunyai banyak makna yang tersirat dalam lirik yang tersurat. Saya
menjadi terharu mendengar lagu tersebut. Saya mencari maksud sebenar lirik lagu
itu di Google, ternyata itu sememangnya lirik lagu tersebut, tidak berubah,
cumanya dinyanyikan dalam bukan bahasa inggeris.
Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya, adakah lagu K-POP
sememangnya lirikal seperti itu? Tak lama selepas itu, saya bertemu dengan
sebuah video peminat menyanyikan lagu Twice iaitu What Is Love. Nyanyiannya bahasa
korea tetapi mempunyai sari kata bahasa inggeris di bawah. Saya membaca sari
kata tersebut dan menjadi takjub dengan liriknya di bahagian pra-klimaks. Liriknya
terasa ajaib, butir katanya menunjukkan keikhlasan seorang individu yang penuh
dengan rasa ingin tahu tentang bagaimana rasanya cinta dan mengimpikan untuk merasainya.
Saya sangat menghayati lirik tersebut kerana saya seorang bujang yang tidak
berpunya KAHKAHAKHAKAHAKAHA! Tetapi lirik itu memang berjaya buat saya rasa
teringin untuk bercinta.
Saya rasa industri musik Malaysia sebenarnya boleh belajar
sesuatu daripada industri musik Korea. Saya tidak maksudkan tentang bahagian
format penyanyi berkumpulan atau menari-nari sampai penat itu. Saya maksudkan
tentang bagaimana penulisan lirik itu, bagaimana caranya untuk menulis lirik
yang penuh dengan makna tersirat dan bagaimana untuk menulis lirik tersurat
yang ringkas namun penuh dengan keikhlasan dalam menyampaikan perasaan, bukan
sekadar perkataan ini sesuai, letak sahajalah dalam lirik, oh ini bunyi macam
sedap, letak sahajalah dalam lirik, tidak.
Musik pada saya bukanlah benda yang digalakkan dalam agama,
namun jika memang mahu dibuat, kenapa tidak kita lakukannya betul-betul? Bukankah
itu tujuan lagu, menyampaikan perasaan kepada pendengar?
Comments
Post a Comment