Tapi Orang tahu
Tapi Orang tahu
Disember 1, 2022
Kota Samarahan: Tadi Ketika saya nak makan nasi kerabu, saya
bukalah drama di Viu, kononnya nak makan sambil tengok cerita. Nama cerita
tersebut ialah AI5YA dengan sebutan Aisya. Sementara menunggu cerita itu bermula,
saya teringat satu kata-kata adik saya “Angah ini suka betul tonton Sit-com.”
Saya membalas “Eh iya ka?” kemudian dia menjawab “Iyalah, angah suka tengok
i-Carly, Victorious, The Big Bang Theory, lepas itu ini (The Black
Neighborhood).” Dan saya terfikir macam betul.
Satu benda tentang diri saya yang saya tak tahu, tapi adik
saya tahu. Serta merta otak saya kaitkan dengan Tingkap Johari. Buat yang tidak
tahu, Tingkap Johari (bacaan Johari Window) adalah satu segi empat sama dan
terbahagi empat, kiranya empat kotak dalam satu kotak lah. Kotak ketiga ialah
kotak yang di dalamnya terdapat maklumat tentang sesuatu yang kita tak tahu
tentang diri kita, tapi orang lain tahu. Dalam kes saya, inilah maklumatnya.
Tak semena-mena tiba-tiba saya teringatkan kata-kata tatam
saya dahulu (istilah mak tam, ibu saudara), “angah ini sudah nak balik asrama
baru sibuk nak buat itu, nak buat ini, nak minat itu, nak minat ini, selalu
macam itu” dan dengan muka yang keliru saya tanya “iya ka?” kemudian tatam saya
cakap “iyalah, dah nak balik asrama baru nak jalan-jalan, cuti sebelum ini dah
nak balik baru seronok nak belajar masak, sebelum ini lagi nak cat rumah
padahal nak balik asrama dah, biasa perangai begitu”, kemudian saya terfikir eh
betul juga.
Begitulah kita, kita rasa kitalah yang paling kenal diri
kita, sampai kalau dalam drama babak marah-marah mesti pelakon itu akan cakap
“KAU TAK TAHU, KAU BELUM CUKUP KENAL SIAPA AKU, KAU TIDAK TAHU AKU SEBENARNYA
BAGAIMANA!” ayat yang juga biasa didengari dalam kehidupan sebenar, padahal dia
yang tak tahu pembawakan dirinya yang sebenar di hadapan orang. Dasar. Eh
siapa-siapa tolong ceritakan orang macam ini perangai sebenar dia depan orang,
kalau tak, tak sedar diri mamat itu nanti. Minah pun sama sahaja. Kuat drama.
Comments
Post a Comment