Pelaris Roti Canai

Pelaris Roti Canai

Disember 9, 2022

Kota Samarahan: Saya teringat dulu saya selalu makan di sebuah kedai roti canai pada waktu pagi. Kedai mamak, mengaku muslim. Bukan saya sahaja selalu makan di situ, senior-senior, kawan-kawan semua semua suka. Senior-senior hampir tiap kali selepas solat subuh selalu terus ajak beramai-ramai sarapan di sana.  Teringat satu ketika seorang kawan saya bernama Faiz, pada waktu itu hari jadinya. Semua kawan-kawan sambut hari jadinya di kedai itu. Yang menariknya bukan diraikan dengan kek hari jadi, tetapi roti canai dengan lilin hari jadi di atasnya. Memang kelakar.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada setiap kali makan di situ adalah apabila di meja kedai tersebut ada tulisan khat berbentuk figura ataupun haiwan. Satu persoalan yang hadir dalam fikiran saya adalah “bukankah salah satu adab dalam membuat khat adalah tidak boleh dibuat dalam gambaran haiwan atau manusia? Kerana seni gambaran haiwan dan manusia tidak dianjurkan di dalam islam, bimbang berlalu kesyirikan seperti yang berlaku banyak kali pada generasi-generasi terdahulu.” Lebih kurang begitulah. Tapi akhirnya saya buat kesimpulan “hehhh mereka tidak tahu rasanya, tak apa lah.” Selepas itu saya terus abaikan khat itu, padahal pada akhirnya saya yang tidak tahu.

Satu hari tersebar dalam kalangan kami mengenai pelaris, rupanya seperti khat dengan gambaran haiwan. Entah bermula dari mana, Twitter barangkali, kemudian tersebar dalam kumpulan Whatsapp kami, dan salah seorang kawan kami tiba-tiba timbulkan berkenaan dia merasakan terdapat pelaris seperti yang disebarkan itu di kedai roti canai kegemaran kami. Akhirnya kami periksa semula kedai itu dan ternyata memang ada. HAHAHAHAHAHAHA. PATUTLAH SEDAP. Selepas itu kami sudah tapi datang ke kedai itu semula. Sekarang kedai itu sudah tiada. Kedai baharu pula di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir