Tambah Lagi
Tambah Lagi
Disember 2, 2022
Kota Samarahan: Tempoh hari saya ada hantar motosikal untuk baiki, dan alhamdulillah motosikal boleh bawa seperti biasa. Cumanya banyak lagi rasanya belum selesai. Bukan apa, alang-alang tunggang, biar sedap. Biar selesa, tambah-tambah kalau nak akan keselamatan. Jadi ada beberapa perkara lah yang perlu saya buat. Bukan sekarang, tapi bila bajet sudah cukuplah.
Pertama sekali, brek belakang. Brek makan, cumanya bila tekan itu dia bernyanyi lah, sudahlah suaranya sumbang. Apapun kalau betul kena tukar baharu, saya kena bersedia, mungkin perlu buat pembacaan atau tonton video YouTube dahulu kenapa brek belakang berbunyi.
Keduanya ialah lampu isyarat yang tak berkelip, menyala tapi tak berkelip. Susah juga sebab orang jadi tak perasan, tambah-tambah waktu malam. Kalau tak silap benda itu murah sahaja.
Selain itu, mungkin sudah sampai masa untuk tukar plug. Iyalah sebab moto boleh sahaja dihidupkan, cumanya kena lah tendang tiga empat kali. Lagi pun sudah berapa lama tak tukar.
Rasanya itu sahaja. Sebenarnya tayar Motosikal pun dah semakin botak, tapi kalau tukar rasa rugi pula, iyalah tinggal lagi enam bulan sahaja mahu tunggang. Tak apa, tunggang sahaja berhati-hati.
Orang selalu cakap, minat terhadap motosikal ini agak keras, banyak mengeluarkan duit, hobi yang mahal. Tapi ini bukan hobi pun keras jugalah HAHAJAJAJAJAJAJ.
Comments
Post a Comment