Jalan Balik Kampung

Jalan Balik Kampung

Disember 20, 2022

Parit Buntar: Penulisan yang ini saya khaskan buat diri saya sendiri. Saya selalu lupa jalan balik kampung. Sebelum bergerak mesti tanya mak. Boleh guna Waze atau Google Map, tapi selalunya jalan yang akan guna mesti lain-lain. Jadi lepas ini kalau saya balik kampung saya baca sini sahaja.

Dari rumah, keluar cari lebuh raya ikut sahaja jalan hendak ke Kuala Lumpur. Kita bukan hendak ke KL, tapi kita bergerak ke selatan kan. Ikut KL sampailah jumpa Juru, masuk ke Juru kah? Bukan, kita keluar daripada lebuh raya guna Jawi, tapi sebelum Jawi itu Juru walaupun KL dan Juru tiada kaitan dengan Jawi. Kesimpulannya, masuk lebuh raya ke selatan dan keluar ikut Jawi, selagi belum jumpa Jawi jangan keluar.

Selepas tol Jawi, ikut jalan ke Ipoh. Destinasi terakhir kita adalah Parit Buntar, tetapi walaupun sudah jumpa nama Parit Buntar di papan tanda, jangan sesekali ikut. Terus sahaja ke Ipoh, sampailah ke simpang lima. Di situlah ambil simpang kanan yang apabila kita lalu, balai polis akan berada di kanan kita. Terus sahaja sampailah jumpa Taman Desa indah di sebelah kiri jalan.

Senang sahaja kan? Jangan sesat lagi ya.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir