Kenapakah Wang Bernilai?

Kenapakah Wang Bernilai?

Disember 12, 2022

Subang Jaya: Apakah yang menjadikan wang tunai itu bernilai? Siapakah yang menetapkan nilai pada wang tunai? Itu adalah soalan yang baik untuk kita lihat semula sejarah wang tunai. Macam mana wang tunai boleh wujud?

Saya teringat satu kuliah di dalam kelas, ustaz yang mengajar kami itu menceritakan tentang analogi sejarah wang tunai dengan mudah, kanak-kanak pun mungkin akan faham dengan mudah. Ceritanya bermula apabila seorang lelaki A mahu membeli seekor keldai daripada seorang lelaki B. Harga seekor keldai adalah 10 keping emas. Ketika itu emas adalah medium penukaran barangan, dalam erti kata lain, emas adalah wang tunai pada ketika itu. Jadi untuk membawa 10 keping emas itu kepada lelaki B mungkin terdapat beberapa kekangan sama ada emas itu berat, atau takut emas dicuri dalam perjalanan. Jadi apa yang lelaki A buat? Lelaki A menyimpan 10 keping emasnya pada seorang lelaki C lalu lelaki C memberikan semacam token untuk menebus emas tersebut. 1 helai token boleh menebus 1 keping emas. Kiranya, lelaki A sekarang mempunyai 10 helai token mewakili 10 keping emas. Teruskan cerita, lelaki A pun membeli keldai tersebut daripada lelaki B dengan memberikan 10 helai token kepada lelaki B. Selepas itu, lelaki B pergi kepada lelaki C untuk menebus 10 keping emas seperti yang sepatutnya dia dapat. Maka selesailah urusan jual beli.

Daripada cerita ini, beberapa konsep penting mengenai wang tunai dapat diperoleh.

Pertama, EMAS ADALAH WANG TUNAI YANG SEBENAR. Ya, emas adalah wang tunai yang sebenar. Kenapa emas adalah wang tunai yang sebenar? Ustaz menerangkan kepada kami bahawa manusia secara fitrahnya memang sukakan emas. Allah SWT menciptakan emas agar sentiasa bernilai di mata manusia. Hal ini demikian kerana sifat emas itu sendiri yang cantik sehingga dapat menarik perhatian manusia. Kerana itulah walaupun secara logiknya emas tidak membawa apa-apa manfaat atau faedah kepada manusia, namun manusia masih lagi sanggup menukarkan atau mengorbankan sesuatu demi mendapatkan emas. Kerana itu jugalah emas banyak dijadikan barang kemas. Begitulah hakikat dunia materialistik, walaupun emas bukanlah logam yang paling mahal, tetapi emas tetaplah logam paling bernilai di dunia. Tuntasnya di sini, emas ialah wang tunai yang sebenar kerana semua orang sanggup menukarkan atau mengorbankan sesuatu demi emas.

Bersambung...


Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir