Piala Dunia Asia

Piala Dunia Asia

Disember 8, 2022

Kota Samarahan: Tahun ini merupakan tahun Piala Dunia untuk sukan bola sepak. Saya jujurnya bukan seorang peminat bola sepak, seronok main, tapi bab nak ambil tahu itu macam kurang. Walaubagaimanapun, saya masih menonton beberapa perlawanan Piala Dunia atas sebab raikan kawan-kawan dan ada juga perlawanan yang memang saya teringin tonton permainan mereka. Sekarang perlawanan peringkat kumpulan sudah selesai dan ada beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran saya. KENAPA ORANG ASIA LEMAH DALAM BOLA SEPAK?

Jangan salah faham, saya tonton perlawanan pasukan Jepun dan saya tahu keputusan pasukan Korea Selatan, tapi fikirkan betul-betul, semua orang jangkakan pasukan Eropah untuk menang walaupun mereka sebenarnya sokong pasukan lain. Persoalannya KENAPA? Nak kata tiada bakat? Negara China dan India besar tahu, berjuta orang di sana, tak mungkin tiada seorang pun yang berbakat.

Jadi saya buat carian dan terjumpa satu pendapat. Pertamanya adalah tentang budaya bola sepak. Katanya bukan semua negara fokus pada bola sepak. Contohnya India yang lebih mengutamakan sukan kriket dan Amerika Syarikat yang lebih fokus kepada bola keranjang. Itulah sebabnya walaupun negaranya luas, orangnya ramai, tetapi budaya bola sepak yang kurang itu memberikan kesan kepada pemain-pemain bola sepak mereka.

Keduanya berkaitan ekonomi, dalam erti kata lain infrastruktur. Nak jadi jaguh dalam bola sepak, sebiji bola, sepasang gawang dan padang bola sahaja tidak cukup untuk latihan, dan marilah mengaku, hanya tempat Latihan pasukan JDT sahaja yang boleh kita bangga-banggakan. Beritulah kira-kira.

Ketiga iaitu yang terakhir ialah tentang kejurulatihan dalam pasukan. Ini saya tak mahu komen banyak rasanya. Jadi ya, rasanya terjawab soalan saya. Teringin juga lihat pasukan Malaysia masuk Piala Dunia walaupun saya bukan peminat sejati bola sepak.

Rujukan:

https://www.quora.com/Why-are-Asian-nations-despite-their-large-populations-not-as-successful-in-football-as-the-Western-nations

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir