Aplikasi Snapchat
Aplikasi Snapchat
Disember 18, 2022
Parit Buntar: Saya merupakan antara orang terlewat yang
menggunakan Snapchat dalam kalangan kawan-kawan kami. Alasan saya adalah kerana
telefon saya penuh dan tidak boleh memuat turun aplikasi baharu, ya, Redmi 6
sudah penuh, padamlah banyak mana aplikasi, video, gambar dll semua penuh,
sentiasa penuh. Jadi saya tak muat turun Snapchat, sampailah seorang kawan saya
iaitu Faiz memberikan telefon pintarnya kepada saya, Vivo, model lama, tapi
bolehlah mahu pakai. Jadi, apa yang saya mahu muat turun ke telefon itu. Yup,
Snapchat. Saya pun muat turun.
Ceritanya waktu itu kami sedang lepak di kedai makan, sambil
kawan-kawan main Snapchat. Saya tengok mereka tangkap gambar yang rawak kemudian
terus hantar kepada semua orang. Kemudian seorang kawan mula ‘cucuk’ saya
dengan mengatakan “kau sesuailah main Snapchat ini, kau selalu buat status
Whatsapp, aplikasi ini lebih kurang begitulah” kemudian disambut dengan kawan-kawan
lain yang menggalakkan sambil mengajar cara menggunakan Snapchat.
Saya yang melihat kesungguhan mereka pun teracun lalu terus
muat turun Snapchat. Kawan-kawan lain pun ketawa sambil bersorak lalu mengajar
cara menggunakan Snapchat dengan lebih terperinci. Secara mudahnya, kita Cuma perlu
tangkap gambar perkara yang sedang berlaku, kemudian hantar kepada kawan-kawan
yang kita pilih, itu sahaja. Sesuailah dengan Namanya, snap kemudian chat.
Ada yang kata aplikasi ini tak bagus, ada perkara tak elok,
seperti gambar tak senonoh dan sebagainya. Bagi saya perkara itu ada dalam setiap
aplikasi media sosial. Sebab yang menjadikan sesuatu itu buruk bukanlah aplikasi
atau alat tersebut, tetapi manusia yang licik lah yang menjadikan sesuatu
perkara baik itu bertukar buruk. Lagipun, tak rugi pun kita tambah akaun media
sosial, asalkan kita tak buang kehidupan sosial sebenar kita. Betul kan?
Comments
Post a Comment