Pergerakan Waktu Jumaat

Pergerakan Waktu Jumaat

Disember 15, 2022

Kampung Tengah: Hari ini saya terjumpa sebuah video Tiktok daripada Dr Kamilin, seorang pakar bahagian hadis. Dalam video itu diceritakan tentang hadis-hadis yang berkaitan dengan khutbah. Pertama adalah tentang hadis ketika sahabat nabi bermain batu kerikil semasa khutbah, nabi mengatakan bahawa perbuatan tersebut dapat membuatkan pahala jumaat menjadi sia-sia. Hadis kedua pula adalah hadis yang sering didengari setiap kali sebelum khutbah, iaitu jangan berkata-kata sekalipun dengan perkataan diamlah ketika khutbah sedang berlangsung kerana itu boleh menyebabkan pahala jumaat menjadi sia-sia. Hadis yang ketiga adalah berkaitan hadis yang membenarkan kita mengubah cara dan tempat duduk untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika khutbah.

Kesimpulan pertama yang diperolehi daripada video ini adalah bukannya kita tak boleh bergerak langsung semasa khutbah. HAHAHAHAHAHAHA. Lawak tapi begitulah. Boleh sahaja kita bergerak semasa khutbah, hendak ubah tempat duduk, atau ubah cara duduk. Boleh sahaja, tiada masalah. Cumanya perbuatan yang menghilangkan fokus kita daripada mendengar khutbah, itu yang tak boleh. Perbuatan yang menambah fokus, boleh. Perbuatan yang hilangkan fokus, tidak boleh. Hah begitu.

Kedua, memang tak boleh bercakap dengan orang sebelah semasa khutbah. Saya pernah terdengar sebuah hadis di mana nabi sebagai khatib berdialog dengan seorang sahabat semasa khutbah. Untuk yang itu mungkin saya perlu rujuk semula. Tapi tak boleh bercakap dengan orang lain semasa khutbah berlangsung walaupun hendak suruh dia diam.

Apapun bawah ini link video. Fahamkan lah sendiri. Rasanya benda-benda macam ini khatib yang perlu jelaskan kepada jemaah, barulah ada perubahan dalam masyarakat kita. Khatib cakap sahaja, jangan bising semasa khutbah, jangan bercakap walaupun perkataan diamlah, jika mengantuk boleh ubah cara dan tempat duduk, gerakkan tabung selepas solat, dan sebagainya. Mungkin begitu barulah jemaah mahu dengar.

Rujukan:

https://vt.tiktok.com/ZS8FNeqM6/

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir