Pelaris Buat Masjid

Pelaris Buat Masjid

Disember 10, 2022

Kota Samarahan: Tadi saya ada tonton satu video Tiktok. Satu soalan diajukan kepada Ustaz Adnin yang berbunyi “Apa hukum menggunakan pelaris untuk tarik orang ke masjid?” HAHAHAHAHAHA! Sumpah saya pernah terfikirkan perkara yang sama.

Dulu saya pernah makan di sebuah kedai roti canai yang menggunakan pelaris. Selepas terbongkar kedai itu gunakan pelaris, saya terfikir “boleh tak kita guna pelaris untuk mengimarahkan masjid?” Iyalah kan, maksud saya memanglah hukum gunakan pelaris itu berdosa, tetapi jika terbukti berkesan, walaupun bertentangan dengan syariat agama, apa terjadi kalau kita gunakan pelaris yang bertentangan dengan agama ini untuk tujuan agama iaitu mengimarahkan masjid. Berbeza dengan persoalan Tiktok tersebut, saya bukan bertanyakan hukum, saya tanya tentang keberkesanan, apakah yang akan terjadi? Adakah masjid akan betul-betul menjadi imarah? Ataupun mungkin jampi tersebut akan terbatal kerana bacaan-bacaan Al-Quran dan Zikir di masjid?

Nampaknya mungkin kita tak akan tahu, sebab orang yang taat dengan perintah Allah tak akan menggunakan cara yang haram demi niat yang baik. Dan orang yang memang melakukan syirik tak akan gunakan ilmu haram mereka untuk tujuan kebaikan. Rasanya begitulah. Harapan saya nak tengok masjid jadi pusat kegiatan komuniti, itu sahaja, bukan nak memainkan agama. Sesiapa yang baca ini, tolong jangan cuba guna pelaris untuk masjid. Kalau ada yang sudah cuba, mungkin boleh kongsi keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir