Telefon Lapuk

Telefon Lapuk

Disember 7, 2022

Kota Samarahan: Saya sedang menggunakan telefon pintar jenama Redmi, lebih tepat lagi Redmi 6. Saya ingat lagi ketika saya membeli telefon ini di sebuah kedai terletak di Arau. Asalnya saya menggunakan jenama Asus, namun selepas beberapa lama boleh dikatakan telefon saya ketika itu telah lapuk ditelan zaman. Jadi ayah pun mahu belanja anaknya telefon pintar baharu, anaknya cuma seorang siswa, tiada pendapatan mahupun pengetahuan tentang telefon pintar. Jadi saya yang tiada pengetahuan yang mendalam tentang telefon pintar ini beritahulah yang saya mahukan telefon pintar biasa, untuk kegunaan hari-hari, bukan untuk bermain permainan, sekadar komunikasi dan harga yang murah sudah cukup memuaskan. Saya pun diberi pilihan antara Redmi 5A dan Redmi 6. Saya tanyakan apa bezanya secara mudah, dan tuan kedai menjawab Redmi 5A lebih baik dari Redmi 5 dan Redmi 6 adalah lebih baharu daripada Redmi 5. Jadi menggunakan pertimbangan awam, pasti kita tahu yang mana pilihan saya. Ya, telah diberitahu di awal cerita saya ambil Redmi 6.

Kelakarnya di sini saya jangkakan Redmi 6 lebih baik daripada Redmi 5A. Perkara sebaliknya mungkin berlaku. Setiap kali saya ingin membeli sarung telefon yang baharu, pasti yang paling banyak pilihan adalah Redmi 5A, jaranglah ada sarung Redmi 6. Kalau ada terus saya beli, maklumlah kan, sudah menjadi barang langka untuk saya. Selalu saya terfikir, mungkin saya patut beli Redmi 5A pada waktu itu.

Sekarang sudah tahun 2022. Redmi 6 mula dikeluarkan pada tahun 2018. Kira-kira sudah empat tahun selisih tahun. Kalau kita kira cara orang yang tak berpengetahuan, kira satu tahun Redmi keluarkan satu telefon pintar, mungkin kita anggap sudah ada empat telefon redmi yang lebih canggih. Kiranya kita anggap sekarang sudah gunakan Redmi 10, betul tak? Betul kan? TAPI SALAH.

Sekarang Redmi sudah keluarkan yang terbaharu iaitu Redmi A1, selepas Redmi Note 11 Pro. Antara Redmi 6 hingga ke Redmi A1, cuba teka selisih berapa telefon pintar? AHAHAHAHAHAHAHAHAHA! 31! WOI! SELISIH 31 TELEFON PINTAR! Untuk buatkan situasi lebih teruk, saya nak tekankan di sini. 31 dan mungkin lebih, MUNGKIN LEBIH WOI! 31 DAN MUNGKIN LEBIH! SEBAB APA? SEBAB ADA YANG TIDAK MASUK KE PASARAN MALAYSIA! JADI SELISIH BERAPA TELEFON PINTAR? SELISIH 31 DAN MUNGKIN LEBIH! BANYAK ITU HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir