Ismail Bin Ismail
Ismail Bin Ismail
November 20, 2022
Kota Samarahan: Hari ini saya ada tonton satu video lama. Mungkin tiadalah lama sangat tapi video itu nampaknya di buat semasa perlantikan perdana menteri Malaysia yang kesembilan, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Dalam video itu tuan kepada sebuah kedai makan mengadakan satu promosi di mana sesiapa yang bernama Ismail ataupun mempunyai nama Ismail pada namanya akan menerima satu bekas berisi ikan patin masak tempoyak. Fuh memang sedap itu. Dalam video itu boleh dilihat pelanggan memang menikmati detik tersebut dengan gembira. Promosi yang berbentuk permainan seperti ini sangat menarik dan saya anggap sangat kreatif. Selain mempunyai nilai bersedekah, tuan kedai boleh mengenali pelanggannya dengan lebih dekat. Saya sebenarnya suka promosi seperti ini, rakyat kita mungkin sememangnya memerlukan permainan seperti ini untuk melepaskan lelah penat kehidupan.
Kemudian saya jadi terfikir, adakah promosi seperti ini sememangnya dijalankan dengan ikhlas dengan niat untuk berseronok dengan pelanggan ataupun mempunyai agenda politik yang tersembunyi. Apapun itu bukan terletak kepada kita untuk menilai, apa yang kita boleh lakukan adalah layan sahaja sambil mendoakan semoga tuan kedai diberikan ganjaran kerana kebaikannya.
Comments
Post a Comment