Nasyid Suram
Nasyid Suram
November 25, 2022
Kota Samarahan: Saya teringat masa kecil-kecil dahulu, ada
satu cekera padat (CD), baiklah bukannya satu tapi banyak, tapi isi CD tersebut
adalah himpunan lagu-lagu nasyid dari pelbagai kumpulan nasyid. Bermula daripada
kumpulan Hijjaz iaitu lagu Kasih Kekasih, seterusnya kumpulan lain dan
seterusnya. Banyak kumpulan nasyid, ada UNIC, Inteam, Saujana banyak lagi yang
saya tak ingat. Memang seronok. Lagu-lagu yang merdu, lirik yang penuh ibrah
dan video yang menarik. Siap ada sari kata lagi, boleh ikut bernasyid sekali. Saya
dan kakak selalu pasangkan CD tersebut apabila ada peluang. Kami sama-sama
minat nasyid.
Ingatkan kami sahaja yang sukakan nasyid, rupanya di sekolah
banyak kawan kami yang sangat sukakan nasyid-nasyid lama ini. Apabila belajar,
atau bermain, atau sedang bosan, bukanlah lagu Aiman Tino yang jadi siulan
mulut, tetapi nasyid-nasyid lama ini. Sehingga berakapela kami. Kami siap kenal
muka-muka kawan-kawan kami yang selalu berakapela ini. Muka-muka yang sama
sahaja. Seronok nasyid ini, liriknya meresap ke jiwa, melodinya sedap dinyanyikan,
sedap didengar dan tak melampau kalau saya katakan lagu-lagu nasyid ini pasti
akan bertahan dan menjadi siulan sepanjang zaman (istilah evergreen).
Tapi itulah, itu sahaja lah. Nasyid-nasyid lama. Mana nasyid
baharu? Tiadakah? Tiada kumpulan nasyid baharukah? Pusing-pusing asyik lagu
yang sama sahaja, lagu yang lama. Zaman pengeluaran lagu nasyid sudah habis
kah?
Saya faham kalau nasyid kini lebih berkisarkan zikir-zikir,
selawat-selawat, doa-doa, tetapi tiadakah lagu-lagu nasyid yang bersifat
lirikal, mempunyai lirik bahasa Melayu, lirik yang puitis, lirik yang
bercerita, atau mengajar generasi muda? Mana hilangnya nasyid Malaysia?
Saya berani kata lah, kalau Korea Selatan boleh terkenal
dengan genre K-POP, Indonesia dengan dangdut, Jepun dengan lagu anime, Malaysia
boleh mengangkat industri musik dengan genre nasyid! Ya, saya faham yang genre
nasyid ini seakan eksklusif kepada orang islam, seakan tidak boleh diangkat dalam
pentas antarabangsa yang rata-ratanya penggiat bukan islam. Tapi bagi saya tak
perlu pun kita sibuk-sibuk buat lagu kononnya untuk pendengar antarabangsa dengar
di mana belum tentu pun mereka akan jadi audien kita. Lebih baik buat lagu yang
sudah tentu orang kita suka dan biarkan genre ini menjadi siulan masyarakat
kita, negara kita. Biarkan lagu ini kelihatan seolah-olah eksklusif kepada Malaysia
dan akhirnya menjadi identiti kita. Selesai peringkat ini barulah kita
sibuk-sibuk untuk angkat genre ini di pentas antarabangsa.
Tapi itu pendapat saya sahaja. Pada saya kehilangan pengeluaran
nasyid-nasyid melayu ini adalah satu kerugian kepada negara. EH MEMANG TIADA
SIAPA YANG SEPENDAPAT DENGAN SAYA KAH? EH TOLONG LAH?
Comments
Post a Comment