Baru Terjaga
BARU TERJAGA
November 18, 2022
Kota Samarahan: Hari ini baru terfikir untuk menjaga motosikal. Saya guna motosikal kapcai Honda Wave 110 keluaran 2010. Beli yang terpakai sahaja (istilah: second hand). Kali terakhir basuh semasa menyertai pertandingan motosikal berhias. Basuh bukan main. Setiap inci kita sentuh. Tak cukup lagi, kita hias dengan kadbod dan bendera. Sekarang tinggal kesan pita dua sisi sahaja (bacaan double tape). Mungkin sekaranglah masanya untuk kita basuh memandangkan sekarang memang waktu cuti.
Jadi benda pertama kena buat ialah basuh moto itu. Basuh itu memang tiada hal. Budak sekolah pun reti. Cuma benda-benda lain selepas basuh tu.
Mula-mula sekali mungkin sudah boleh pasang semula nombor pendaftaran motosikal di belakang itu. Kalau ditangkap polis boleh disaman RM 40.00. Banyak itu, boleh beli 33 ketul ayam goreng krispi.
Kemudian boleh ganti cermin sisi kanan yang sudah retak. Entah kenapa.
Tongkat motosikal pun sudah patah. Bukanlah patah semua, patah separuh sahaja. Akibat lupa angkat tongkat apabila memulakan perjalanan. Kemudian bergeser dengan jalan apabila di selekoh, ataupun bergeser dengan bonggol apabila lalu bonggol 30 km/jam itu.
Kiranya tiga benda lah kena tukar.
- Nombor plat kenderaan belakang
- Cermin sisi kanan
- Tongkat motor.
Untuk yang tak berbayar, yang pertama mungkin nak minta periksa minyak enjin. Boleh periksa sendiri, tapi tiada playar. Orang panggil minyak hitam, tapi jadi minyak hitam bila sudah kena ganti.
Keduanya ingatkan nak minta tolong ketatkan rantai dan letak minyak rantai sedikit. Entah bila kali terakhir letak minyak rantai. Ketiga yang agak penting ialah brek belakang. Brek makan, tapi bila tekan berbunyi. Bingit jugalah telinga ini bila dengar. Brek depan baik sahaja tiada masalah. Lampu depan belakang pun baik. Lampu brek baik. Tayar pun baik. Cumanya penutup tiub itu hilang. Jadi yang keempat mungkin beli penutup tiub. Oh tidak dilupakan lampu signal. Lampu menyala tapi tidak berkelip. Mungkin boleh diperbaiki.
Jadi empat perkara tambahan ialah:
- Minyak enjin
- Rantai moto
- Brek belakang
- Penutup tiub
- Lampu signal
Dalam masa saya menulis benda ini, saya teringat kata-kata Pak Tam saya: "Bawa motosikal jangan macam perempuan, tahu isi minyak sahaja lepas itu terus bawa, yang lain tak tengok". Aduh sakit juga lah HAHAHAHAHAHAHAHAH.
Comments
Post a Comment