Makan Seratus
Makan Seratus
November 19, 2022
Kota Samarahan: Macam yang saya berniat kelmarin, akhirnya saya tunaikan. Pagi-pagi saya bangun basuh motor. Saya nak bagi motor itu berkilat-kilat. Bersih, suci dan murni. Alhamdulillah bersih, cumanya kesan pita pelekat masih terkesan. Malah, kesan pelekat pemandu percubaan (pelekat P) gamnya masih melekat. Nampaknya mahu tak mahu saya kena beli penyembur penanggal pelekat.
Selesai basuh motor, saya terus ke bengkel motosikal. Tapi bengkel kegemaran saya tutup, baru jam 9 pagi waktu itu, atau mungkin memang tutup di hujung minggu, maklumlah hari sabtu. Jadi saya teruskan perjalanan ke bengkel yang saya tak biasa. Sampai sahaja di sana, saya terus pesan: "Bang, tukar cermin sisi, tongkat dan pasangkan nombor plat belakang". Abang itu terus angguk, baik. Dia pusing-pusing cermin sisi terus shiuuuuuuu baling kedua-dua cermin sisi ke dalam tong sampah. Terkesima saya. Saya terfikir aduh bang, cermin sebelah lagi baik lagi abang, abang bagi saya guna dalam bilik pun boleh bang, aduh bang. Tapi terlambat, keadaan berlaku terlalu pantas. Dia pasang cermin baharu, gua cakap sama lu lah, memang cun ngam soi. Cermin standard tapi baik lah kan. Harga RM 18.00. Kemudian dia pasang nombor plat belakang, memang kacak. Harga RM 12.00 termasuk skru. Akhirnya dia cabut tongkat yang lama, pasang yang baharu, RM 16.00. Kira-kiranya begini:
Set cermin sisi - RM 18.00
Nombor plat + skru - RM 12.00
Tongkat satu - RM 16.00
Jumlah = RM 46.00
Sebenarnya saya bajet untuk hari ini saya nak guna RM 100.00, jadi saya ingat nak teruskan penambahbaikan motosikal. Saya pun mulanya meminta abang pomen untuk mengetatkan rantai dan letakkan minyak. Sebab masa dalam perjalanan ke bengkel pun boleh rasa rantai kendur dan tersangkut kerana sudah lama tidak letak minyak rantai. Maklumlah, selalunya reti isi minyak petrol sahaja, minyak rantai tak tengok pun. Tapi abang pomen cakap spoket motosikal sudah kena tukar. Saya tengok spoket, masyaallah tabarakallah tajam macam shuriken ninja Hattori. Jadi saya iyakan sahajalah. Sekali abang itu keluarkan satu set spoket depan belakang berserta rantai. Terkejut saya, abang pomen beritahu ini memang satu set, pasang semua terus. Saya yang tak reti ini terus baikkan sahaja. Harga satu set spoket beserta rantai adalah RM 42.00. Jumlah adalah RM 88.00. Glup telan air liur saya, nak sangat makan seratus, ambil engkau.
Saya ada beritahu abang pomen yang brek belakang berbunyi. Semasa dia sedang pasang spoket dan rantai baharu, dia tanya nak tukar brek belakang juga kah? Saya terus geleng, lari bajet nanti. Selesai semua saya bayar RM 88.00 dengan harapan semoga saya tak kena tipu kerana rambut sikat tepi kahkahkah. Tapi tak dinafikan perjalanan pulang jauh lebih sedap berbanding perjalanan pergi.
Dalam perjalanan pulang, terfikir tentang kesan pita pelekat, sangat tidak kacak. Jadi saya singgah ke DIY untuk membeli beberapa barangan. Jadi saya ambil minyak rantai, penyembur penanggal pelekat dan penyembur penghitam plastik. Jumlah RM 30.70 untuk ketiga-tiga barang. Campurkan semua jumlah bersamaan RM 118.70 untuk barangan motosikal hari ini sahaja. HAHAHAHAHA terlebih bajet pula.
Jadi, satu pengajaran yang saya dapat iaitu saya perlu belajar banyak lagi tentang motosikal supaya tidak sekadar mengiyakan sahaja di bengkel.
Comments
Post a Comment