Nasi Sate

Nasi Sate

November 30, 2022

Kota Samarahan: Baik semua, dengar dulu. Saya di Sarawak ini saya perasan ada terlalu banyak kedai sate berbanding tempat tinggal saya. Jadi saya terfikir tak adakah inovasi antara sate-sate yang ada di sini. Macam itulah saya terfikirkan idea ini.

NASI SATE (NASI SATAY).

Bukan, bukan nasi impit. Maksud saya nasi putih itu, macam nasi bungkus, kemudian letak timun, bawang, sebungkus kuah kacang, dan yang terakhir, sate, buang batang lah, kemudian makan macam nasi campur. Fahamkan? Kan sedap itu, nampak biasa sahaja, tapi di situlah permainannya. Kiranya pelanggan boleh memilih hendak ambil berapa cucuk, kemudian penjual akan ambil ikut jumlah sate, kemudian harga di bayar ikut harga berapa cucuk tambah harga nasi.

Saya sebenarnya agak yakin yang idea ini boleh datangkan keuntungan. Kenapa? Katakan secucuk sate bersamaan 80 sen, minimum orang akan ambil untuk makan dengan nasi mungkin 6 enam cucuk, jadinya 80 sen darab 6 sama dengan RM 4.80 tambah harga nasi katakan RM 1.50, jumlah harga satu bungkus sama dengan RM 6.30. Kira baiklah itu, lebih 30 sen berbanding nasi biasa. Itu belum kira kalau pelanggan mahu tambah timun, bawang, sate atau mungkin nasi impit juga, kan?

Mungkin ada yang akan cakap, baik beli nasi lauk ayam seketul terus. Lantaklah, sebab benda yang sama sahaja dengan sate, kalau orang itu tak minat sate, dia pun akan cakap baik beli terus ayam seketul, lagi besar daripada sate. Itu satu. Yang kedua, rasa ayam sate ini lain tau. Fuh kalaulah sama dengan ayam bakar biasa, tak ada maknanya orang nak beli. Tambahan pula ini sate ayam tak bertulang tau, nak makan pun senang, nak tambah lauk sikit-sikit pun senang, memang pada saya boleh pergi jauhlah.

Mungkin ada yang akan cakap, nasi ini tak sesuai makan dengan kuah kacang. Oi, nasi impit yang engkau makan itu benda yang sama sahaja, cuma ini nasinya tak melekat, teksturnya mungkin berbeza, tetapi rasanya lebih kurang juga, tambahan lagi, inilah namanya inovasi. Benda lama diperbaharui. Haa tak begitu bang?

Kalau boleh pergi jauh, kenapa saya tak buat? Senang, sebab saya tak reti buat sate, itu sahaja. Apa-apa pun siapa-siapa yang terbaca ini, cuba-cuba lah dahulu, mana tahu boleh direalisasikan, idea seronok ini. Kalau rasa tak mahu ambil risiko, cuba buat untuk makan-makan dahulu, buat sendiri atau beli ja kat kedai, kemudian makan dengan nasi. Cubalah.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir