Keburukan Berfikir
Keburukan Berfikir
November 24, 2022
Kota Samarahan: Saya satu pendapat yang pelik, saya tak suka
berfikir. Baik, dengar dulu. Bagi saya perbuatan kita dan fikiran kita seakan-akan
mempunyai satu graf. Bayangkan sebuah graf, paksi x adalah fikiran kita dan paksi
y ialah perbuatan kita. Bermula dari titik kosong, sedikit kita berfikir,
sedikit juga perbuatan kita. Banyak kita berfikir, banyak juga perbuatan kita. Sampai
satu tahap, sebanyak sekian-sekian kita berfikir, jumlah perbuatan kita menjadi
maksima. Selepas titik tersebut, semakin banyak kita berfikir, semakin
berkurang perbuatan kita. Sehinggalah pada satu titik kita terlalu banyak
berfikir sehingga menyebabkan kita tak buat apa-apa. Boleh bayang tak grafnya?
Apa yang saya cakap ini? Yang saya cuba sampaikan ialah
selalu kita terlalu banyak berfikir tentang sesuatu sehinggakan kita tak buat
benda yang kita fikirkan.
Contoh; saya nampak seorang perempuan cantik, kalau saya tak
terfikir apa-apa, saya tak akan menyapanya. Kalau saya terfikir untuk
menyapanya, saya akan menyapanya. Kalau saya sudah terfikir untuk jadikan dia
belahan jiwa saya, saya akan sapa dia, mengurat dia, dapatkan nombor telefon
dan sebagainya. Tapi jika saya terlebih berfikir, contohnya bagaimana kalau dia
sudah berpunya, atau sudikah dia bercakap dengan saya, bagaimana kalau dia
menyampah, saya akan menjadi takut untuk menyapa dia dan akhirnya tak buat
apa-apa.
Ini yang saya maksudkan. Saya tak suka terlebih berfikir, saya
tak mahu terlebih berfikir tetapi dia terjadi dengan sendiri. Saya tak dapat kawal.
Jadi apa yang saya buat? Ya, saya berusaha bergerak secara impulsif, terfikir
sahaja terus buat. Saya pernah terlalu banyak berfikir sehingga menjadi pesimis,
sehingga tidak membuat apa-apa, tidak mencapai apa-apa, tidak menikmati saat
yang ada, yang tinggal hanyalah penyesalan.
Jadi apa kesimpulannya? Mudah. Selagi apa yang kita nak buat
itu asalnya baik, terus buat. Gagal atau Berjaya belakang cerita. Istiqamah belakang
cerita. Yang penting mulakan dahulu. Kerana sekurang-kurangnya kita mencuba dan
kita tahu hasilnya. Tiadalah kita menyesal kalaulah aku buat itu kalaulah aku
buat ini blablabla.
Comments
Post a Comment