Aku Ada Hati Denganmu

 Aku Ada Hati Denganmu

12 Ogos 2023

Kedah: Celia - Part 485

Aku ada hati denganmu, tetapi bukan seperti mana orang dilamun cinta di zaman kini bercinta, ketika kamu merisik media sosial mereka dan rakan-rakanmu turut mengitai siapakah dia.

Yang aku maksudkan adalah seperti aku mahu merakam gelak tawa mu, mainkan semula senyumanmu di hadapan tuhan lalu berterima kasih mewakili semua orang yang mengenalimu.

Yang aku maksudkan adalah seperti mana ketika kamu menyusun aku semula, memperbaiki kebiasaan buruk ku, kerana kamu aku mahu menjadi lebih baik dan semestinya untuk kebaikan aku juga setelah kamu. Kamu menginspirasikan perspektif baharu pada diriku, memegang cermin untukku sambil berkata "awak sememangnya patut menjadi lebih perseptif."

Kamu memegang sisi terbaikku dan kamu juga yang memberi ruang pada sisi buruk ku sambil berlagak spontan dengan diriku, kerana bergitulah cinta sepantasnya tidak perlu disusun, dan setiap ruang itu mungkin terisi -aku mungkin tak seperti yang kau sangka, aku mungkin lebih baik daripada yang kau sangka, dan jika kau juga ada hati denganku, dengan diriku yang sebenar, maka aku harap kau ambillah nota dan pena, tuliskan surat kepadaku lalu katakan 'aku mungkin tahu bagaimana ini akan berlaku tapi aku sudah muak dengan rasa takut akan perasaan yang aku sebenarnya mahu tahu'-.

Kebahagiaan yang kebetulan kata mereka, seperti aku yang juga menulis surat kepadamu dan aku katakan juga kepadamu "aku mungkin tahu bagaimana ini akan berlaku tapi aku benar-benar ada hati denganmu."

Tapi hanya satu surat yang dihantar, "aku ada hati denganmu seperti mana aku sanggup berlari merentasi lapangan terbang untuk melihatmu."

Yang lain telah ku utus dengan tangan "dan tidak aku utus dengan cara selainnya."


Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir