Aku Menulis Babak Terakhir Kita

Aku Menulis Babak Terakhir Kita

11 Ogos 2023

Kedah: Celia - Part 2

Aku menulis babak terakhir kita, dan aku tak tahu bagaimana ia berakhir, tapi satu yang ku tahu, iaitu pasangan kekasih tidak berakhir sebagai kawan. Aku ikat rambut dengan menyelit sebatang pen di tengahnya sambil melihat pesanan terakhirmu, terus aku campakkan buku kita terbang merentas bilik tidurku. Kau tahu aku hebat dalam menulis, aku boleh tulis apa sahaja yang aku maksudkan tapi aku hanya akan merenungnya sahaja selama berbulan-bulan, penulisan ini, inilah novel cinta.
*kelihatannya begitu*
Dari sini aku tak tahu apa yang akan terjadi dengan kita, "Mana dia orang sekarang ni? Jangan cakap!" kau tahu aku hanya bergurau bila aku katakan begini, itulah kali terakhir kita bercakap. Aku baca semula notaku, apa yang terjadi sebenarnya aku boleh sahaja noktahkan cerita kita di sini tapi kau akan fikir yang itu tak adil. Aku tutup mataku membayangkan diri aku di dalam kepalamu, sebab apa yang kau fikir sampaikan kau buat aku gila tak keruan? Aku mahu berikan kita penutup yang indah, sebab aku mahukan itu untuk aku, tapi aku mahukan seseorang yang tahu akulah belahan jiwanya dan tidak akan berubah fikiran selepas temu janji yang ketiga, seseorang yang mahu bertemu keluargaku dan bawaku pulang ke keluarganya, bukannya seseorang yang sekadar berkata "aku NAK kita bersama" kemudian tinggalkan aku terpinga-pinga. Sejak hari itu aku tak mampu pun untuk menulis watak yang baharu, sejak kau ubah genre kisah kita daripada cinta kepada mastika. Mata pelajaran kegemaran aku akan sentiasa menjadi sains tapi sekarang aku bazirkan segenap masa aku di dalam sejarah kita. Mungkin aku patut tulis semula permulaan kita dengan memadam semula harapan-harapan aku, mungkin padam sekali dengan dirimu sebab itu adalah salah satu cara untuk ubah cinta kepada tragedi.
Apa Romeo dan Juliet akan berkata? Aku sentiasa berpegang pada masa depan kita, tapi kau, kau hanya anggap esok seperti mana hari-hari lain berlalu, sekurang-kurangnya itu yang aku nampak, cuma salah satu dari kita adalah penulis dan lagi seorang memilih untuk lari dalam situasi lawan dan lari, lantas kenapa aku perlu kekal berlawan?
Aku tak mahu jadi pahlawan. Aku tak mahu jadi sebahagian daripada permainan. Aku mahu jadi 'selepas-aku-jumpa-kau-tiada-siapa-buat-aku-rasa-yang-sama'. Aku tak mahu mencipta kita dengan meletakkan beberapa perkataan dan istilah kepada apa yang kita buat, kenapa aku yang perlu jadi penulis cerita cinta kita bila seseorang yang lain yang mengungkapkan AKU SUKA KAU.
Di dalam keajaiban ada kegilaan, semua ini yang telah aku buat, kenapa aku yang perlu jadi si pemberani apabila seorang lagi menjadi penakut? Jadi apa yang akan jadi selepas ini? Kau yang bertanggungjawab membuat pilihan ini, sebab aku bukan seseorang yang kau boleh mudah-mudah sia-siakan.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir