Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu
Kegagalan Projek di Kelantan
Terminal Bas Kota Bharu
13 Ogos 2023
Kubang Pasu: 20 tahun Terminal Bas Kota Bharu tak siap! Ketika pembangunan Kota Bharu Mall 2003/2004 yang di dalamnya dijanjikan sebuah terminal bas untuk kegunaan anak Kelantan terutamanya yang di perantauan. Terminal tersebut dikatakan sebagai terminal bas sementara sahaja. Ya, sementara... iaitu selama 10 tahun. Terminal bas tersebut dilihat sangat uzur, bumbung zinknya tidak mampu pun memayungi sebuah bas dan terminal inilah yang dikatakan sebagai terminal bas negeri. tempat parkir yang sediakan pula seperti padang jarak padang terkukur, luas boleh digunakan sebagai parkir yang banyak tetapi langsung tidak diletakkan tar jalan dan dibiarkan berlecak (berlubang).
Jujur saya tak pernah ke terminal bas tersebut, semua maklumat yang diperolehi daripada media massa terutamanya ketika kempen PRN. Kononnya inilah isu yang diangkat-angkat oleh parti BN dan PH bagi mempengaruhi rakyat kelantan supaya jangan mengundi PN. Namun persoalan sebenar di sini siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab bagi menyelenggara terminal bas ini? Adakah sememangnya salah PAS kerana tidak pandai menguruskan terminal bas? Sejauhmanakah bidang kuasa ahli politik dalam isu terminal bas ini?
Disebabkan ini bukan negeri saya, mungkin saya tak perlu kisah sangat tentang isu ini. Iyalah kan? Rakyat Kelantan pun masih tetap mengundi PAS walaupun terpaksa menggunakan terminal bas sebegitu, siapa saya nak bising pasal isu ini? Tapi kalau tiap kali pilihan raya saya akan dengar isu yang sama rasa panas hati juga lah.
Comments
Post a Comment