Ayam Lemon
Ayam Lemon
24 Februari 2023
Kota Samarahan: Hari ini saya ke sebuah kedai makan. Bukanlah kedai makan kegemaran sebab saya sendiri pun baru beberapa kali makan di kedai itu tapi setakat ini prestasinya memang tiptop syababan, bagus, sedap dan konsisten.
Hari ini saya nak cuba satu menu yang menarik perhatian saya; nasi ayam lemon. Ayam lemon? Macam mana itu? Haa inilah yang saya nak tahu. Saya pun pesanlah satu.
Nasi pun sampai. Ayam dipotong kecil seperti ayam popcorn, kuahnya kelihatan seperti madu. Celup jari rasa sedikit, hmmmm rasa masam-masam manis. Sedap.
Sekarang cuba makan dengan nasi pula. Hmmm. Bolehlah. Tapi entah kenapa makin makan rasa makin muak. Sedap sahaja sebenarnya. Mungkin rasa masam-masam manis itu pada saya kurang sesuai kalau makan dengan nasi. Akhirnya saya makan tak habis (tinggal sesuap nasi lagi). Pengajarannya apa? Ya, itu kali pertama dan terakhir saya akan pesan makanan itu.
Comments
Post a Comment