Melawat Orang Asing

Melawat Orang Asing

22 Februari 2023

Kuching: Jadi lepas pemeriksaan kesihatan Nash, kami pun melawat sorang junior kami di hospital yang sama. Perempuan nama Anis, jatuh dari tingkat tiga. Tiada kecederaan luar, tapi di dalam ya sangat cedera. Leher patah, tulang rusuk depan patah, tangan sebelah cedera, kaki sebelah bengkak dan lain-lain yang saya tak tahu.

Tapi Anis ini bukan kawan saya, tak kenal pun, tapi alang-alang sudah di sini kami melawat sahajalah, raikan pesakit.

Boleh masuk dua orang sahaja sekali, kami datang ke wad berempat, salah seorang warden. Jadi seorang warden dan kami lagi tiga orang bergilir-gilir. Saya giliran terakhir. Saya tak perkenalkan diri atau tanya namanya, terus tanya khabar dan perincian tentang rawatannya di hospital. Saya cuba bergurau walaupun kekok tetapi nasib baiklah dia mahu melayan. Dia sebenarnya sedang dalam masa makan, ada nasi sup ayam di atas meja semasa kami bersembang. Tidak mahu ganggu masa rehatnya, saya hanya berbual beberapa minit sahaja kemudian keluar. Disebabkan saya yang terakhir, kami semua pulang selepas giliran saya.

Terfikir juga saya adakah layanan saya dingin, tak patut, atau baik-baik sahaja. Dalam perjalanan pulang saya dapat tahu yang Anis sebenarnya kenal saya, saya sahaja yang tak kenal dia. Entah macam mana, mungkin dia ada tanya siapa-siapa ataupun apa-apa sahajalah. Oh kami tak bawa buah tangan takut-takut dia ada masalah untuk makan buah tangan kami nanti. Tahu tak, mungkin saya patut belajar lagi adab melawat orang sakit secara praktikal. Untuk Anis pula harapnya dia sembuh secara total sama ada secara fizikal, mental mahupun traumanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir