Poco F4 5G

Poco F4 5G

25 Februari 2023

Kuching: Telefon Redmi 6 saya baru sahaja rosak. Jadi saya bertukar kepada sebuah telefon baharu. Realme 10 Pro. Telefon pintar ini merupakan telefon keluaran tahun lepas, ya tahun lepas padahal baru 2 bulan lepas.

Sebelum beli biasalah kita akan tengok carta telefon pintar terbaik dari YouTube. Yang bawah RM1000, bawah RM1000, yang entry level, yang midrange, yang ex flagship, yang second hand dan banyak lagi. Selepas tonton video-video itu, saya buat satu senarai pendek telefon-telefon yang mungkin saya hendak beli, dan tangga teratas bagi senarai tersebut adalah...ya, bukan Realme hahahahaha tapi Poco. Spesifiknya Poco F4 5G. Ya, sebab dalam kebanyakan video yang saya tonton, mesti telefon ini akan tersenarai, kiranya memang terbaiklah untuk dibeli dalam bajet yang saya tetapkan. Saya memang sudah betul-betul berminat. Saya mula tonton video-video review berkenaan Poco F4 5G tersebut dari pelbagai siaran akaun YouTube. Memang terbaiklah kebanyakan review. Sehinggalah saya menonton sebuah video review Poco F4 5G tentang mengapa saya tidak patut membeli telefon tersebut. Hah sudah, saya hampir nekad ini. Kenapa saya tak patut beli pula? Selepas ditonton, saya faham tentang kelebihan telefon tersebut serta kelemahannya. Pemilik siaran tersebut menyatakan bahawa kita perlu faham pengguna jenis apa kita ini semasa menggunakan telefon pintar. Jika kita seorang pemain permainan digital yang tegar, kita patut mementingkan chip set yang diguna di dalam telefon pintar. Manakala jika kita hanya pengguna biasa dan bukan pemain permainan digital yang tegar, kita perlu lebih mementingkan camera dan display telefon tersebut. Poco merupakan syarikat telefon gaming dan Poco F4 5G merupakan telefon gaming terbaik untuk kelas telefon midrange dalam bajet sekitarnya. Kebanyakannya orang yang memberi review terbaik kepada telefon pintar ini pula adalah pemain permainan digital yang tegar. Jadi tak hairanlah telefon ini mendapat tempat yang tinggi dalam banyak carta-carta dalam video-video YouTube.

Kelemahannya telefon ini adalah kameranya yang tidak cantik dibandingkan dengan telefon lain kera kurang diberikan fokus kepada telefon gaming. Pendirian saya mula goyah. Benarlah. Apa pasal saya yang tak bermain permainan digital mahu membeli telefon gaming? Itu jelas-jelas satu pembaziran dan pilihan yang salah. Nampaknya saya perlu beralih kepada pilihan kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Keburukan Berfikir