Telefon Sayang

Telefon Sayang

23 Februari 2023

Tabuan: Dalam perjalanan pulang ke asrama, kami dua orang dalam kereta, saya dan Nash, Proton Saga, masing-masing mengantuk tunggu nak balik. Tiba-tiba ada orang telefon Nash, Nash angkat dan mula berbual. Ingatkan perbualan biasa tapi entah terasa Nash lebih ramah dan mesra daripada sebelumnya. Sebelumnya maksudnya normalnya. Ini tak normal, mesra yang mesra. Lepas itu terdengar awak saya awak saya dan terdengar cerita rawak tentang hari masing-masing. Oh tuhan, ini perempuan, dan bukan sebarangan perempuan, ini pujaan hati Nash.

Buat-buat tak dengar sahajalah, rasa semacam malu pula. Tiba-tiba nama saya terbit dalam perbualan mereka, ini mesti dia tanya dari mana dengan siapa ini. Erkkkk. Buat-buat tak dengar. Tiba-tiba si Nash ajak berbual sekali lah pula dengan pembesar suara telefon. Jadilah perbualan tiga orang buat sementara berjambatankan Nash di tengah-tengah sebagai posmen perbualan. Topiknya: kenapa saya masih belum berpunya. Malu, kekok, ngilu dan macam-macam perasaan yang pelik semasa dalam kereta itu. Sampai sakitlah pipi.

Teringat suatu masa ketika saya ditempat Nash. ARHHHHHH. Ngilunya bila teringat balik. Inikah yang kawan-kawan saya rasa bila saya buat macam ini? TIDAKKKKK!!!! Saya sudah dapat pengajaran. Kalau nak telefon pujaan hati, buat jauh-jauh. Malu pada orang-orang sekitar.

Sebaik sahaja perbualan bertukar menjadi perbualan dua orang semula, saya terus turunkan kerusi sandar, buat-buat tidur terus. Kekok, tak mahu di situ. Larikan diri, saya hanya sebuah awan yang terapung, jangan ganggu saya.

Tapi adat berkawan, mestilah selepas itu saya bahan dia habis-habisan.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir