Teman Pemeriksaan Kesihatan
Teman Pemeriksaan Kesihatan
21 Februari 2023
Kuching: Hari ini sepatutnya teman sebilik saya yang temankan jiran sebelah buat pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak. Sekurang-kurangnya itulah yang mereka beritahu. Jadi dia minta saya kejutkan dia di awal pagi. Sebagai teman bilik yang baik (ecehhh) saya pun bangun seawal 5.30 pagi untuk kejutkan dia. Sudah kejutkan, tak mahu bangun. Kemudian azan, saya kejutkan, dia masih tak mahu bangun. Kemudian saya pergi solat berjemaah di pusat Islam, pulang solat dia masih tidur. Saya kejut dia, masih belum bangun. Sebelum saya teruskan cerita, teman bilik saya orang yang bangun subuh. Selalunya dia solat masa saya di pusat Islam dan tidur semula.
Jiran bilik sudah munculkan diri. Tak, dia tak mandi lagi, tapi dia nak pastikan kalau-kalau teman sebilik saya boleh temankan dia ke hospital. Menyimpang sedikit, teman sebilik saya nama Wang dan jiran bilik nama Nash. Jadi Wang tak nak bangun, saya tahu dia dengar saya kejut. Buktinya dia sekarang di posisi muka rapat ke dinding tanpa bergerak sebagai tanda "saya tak nak bangun, saya ngantuk" lebih kurang begitulah. Jadi nampaknya kami perlu ke rancangan B, saya yang temankan Nash. Arhhhh sumpah tak seronok mandi awal pagi. Sejuk. Bagus tapi tak seronok.
Mandi-mandi kemudian pakai kacak-kacak (sebab bukan selalu pakai kacak) naik kereta terus gerak ke hospital.
Ceritanya tak seronok pun, dia buat pemeriksaan satu jam, pukul lapan temu janji, sidai satu jam, pemeriksaan satu jam, habis jam 10.00 pagi. Nash lah yang masuk buat pemeriksaan apa semua itu, saya di kerusi menunggu, menunggu selama dua jam. Bosan, tapi demi kawan, dan alhamdulillah beliau sihat dan boleh pulang terus. Apa khulasah dalam cerita ini? Khulasah nya satu sahaja, Wang yang patut pergi tapi saya yang pergi akhirnya. Tapi kita redha, tak baik berkira dengan kawan-kawan. Mungkin satu hari saya perlukan bantuan insyaallah orang tak akan berkira dengan saya.
Comments
Post a Comment