Kombinasi: Sweatshirt kelabu dan Straight cut jean biru navy.

Kombinasi: Sweatshirt kelabu dan Straight cut jean biru navy.

18 Februari 2023

Kuching: Hari saya nak ke pusat membeli-belah. Ada barangan yang perlu dibeli. Tapi itu bukan cerita saya. Saya ini sebelum ini keluar pakai sahaja apa-apa baju, tak kira cantik atau tidak asalkan selesa. Tapi sekarang saya sudah faham penting untuk berpakaian sesuai dengan situasi supaya lebih sopan dan senonoh di mata masyarakat. Jadi saya pun pakailah kombinasi pakaian ini. Saya dapat idea dari YouTube. Sweatshirt kelabu dengan seluar Jean straight cut warna biru navy. Saya tengok cermin, memang bergaya jugalah. Gaya kasual minimalis.

Bagi saya gaya ini sesuai untuk lepak-lepak di tempat yang sejuk berhawa dingin atau pada waktu malam sebab pakaian ini agak tebal untuk cuaca di Malaysia. Dari segi impresi, saya rasa nampak sedikit feminin, sedikit sahaja. Mungkin sebab lengan panjang atau sebab perempuan yang selalu pakai sweatshirt. Tapi rupa maskulin itu lebih dominan sebab warna dan bentuknya yang agak keras. Nampaknya ini mungkin kombinasi kacak saya yang saya akan pakai keluar jalan-jalan atau ke lapangan terbang.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir