Sweatshirt Kelabu

Sweatshirt Kelabu

17 Februari 2023

Kota Samarahan: Baru-baru ini saya ke sebuah kedai bundle. Hasrat asal saya untuk buang masa sementara tunggu baju kering di dobi. Nampaknya hari ini ada stok baru masuk, dan kebanyakannya adalah sweatshirt. Sweatshirt adalah baju berkain kapas lengan panjang bercekak lengan yang dipakai dalam keadaan sejuk. Saya tengok satu per satu. Cantik. Kebanyakannya daripada jenama Uniqlo. Jackpot. 

Saya belek lagi. Hampir separuh daripadanya baju perempuan. Kurang lagi dari separuh mempunyai grafik. Kebanyakannya kosong tanpa grafik. Warna kelabu mendominasi. Soalannya, kelabu mana yang menjadi pilihan hati?

Banyak yang menarik perhatian. Selepas menilai setiap baju, bayangan bagaimana kombinasi pakaian, keadaan duit di dalam dompet akhirnya saya ambil warna kelabu gelap. Tak sabar nak pakai, nak tahu juga kena dengan rupa saya atau tidak. Soalannya, bila hendak pakai?

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir