Paklang yang Ramah
Paklang yang Ramah
Disember 22, 2022
Parit Buntar: Selepas makan-makan, saya dan kawan-kawan
semua tunaikan solat di surau Taman Desa Indah secara berjemaah. Kemudian kami
sambung solat isyak secara jamak qasar. Selepas itu, paklang ajak kami ke
rumahnya. Kami pun iyakan sahajalah. Bukan ada rancangan pun untuk malam ini.
Paklang menjemput kami masuk dengan mambawa cucunya yang
baru lahir. Comel; Namanya Matin. Itu nama pendek, nama panjangnya terlalu
berbelit, saya pun tak hafal. Kami pun bermainlah dengan cucu paklang itu. Sambil
bermain itu baru saya perasan. Cucu paklang, maksudnya anak kepada anaknya,
maksudnya sepupu saya, maksudnya sepupu saya sudah ada anak, maksudnya ini anak
buah saya, maksudnya saya sudah ada anak buah, maksudnya saya sudah jadi
pakngah lah. Terkejut saya. Saya tahu sepupu saya sudah berkahwin, tetapi sudah
ada anak, itu saya terkejut.
Lebih mengejutkan, paklang kata itu cucunya yang kedua.
Maksudnya dia ada lagi seorang cucu, maksudnya seorang lagi anak paklang sudah
ada anak, maksudnya dari keluarga paklang sahaja dua sepupu saya sudah ada
seorang anak tiap satu, maksudnya saya sudah ada dua anak buah, maksudnya saya
sudah lama jadi pakngah tanpa sedar. Allahu.
Sebenarnya dahulu saya tak rapat dengan paklang, paklang
dulunya polis di Cameron Highland, jauh dari kampung kami di Perak, kiranya
jarang balik kampung, jarang bergaul jadinya, kurang kenal jadinya, baru lebih
kurang dua tahun ini paklang pencen dan berpindah ke Parit Buntar ini. Kiranya
ini mungkin waktu pertama kami betul-betul bertanya khabar dan bersembang
rapat. Maklang pun ada turut melayan kami. Sama juga kesnya dengan paklang,
cumanya maklang bukan polis lah, tapi tetap tak rapat. Baru ini waktu saya
betul-betul bergaul dengan maklang. Baru saya tahu yang maklang saya ini cakap
banyak hahahahaha. Bukan cakap banyak, ramah…dan petah serta laju. Tapi saya
sukalah sebab hubungan kami jadi semakin baik dalam waktu yang singkat ini.
Banyak yang menarik berlaku malam itu, baru kami tahu
tentang cucu paklang, sebab kenapa paklang pencen, penyakit yang menimpa
paklang, macam mana paklang boleh pindah ke sini, Matin muntah-muntah
bertubi-tubi hahahahahahah dan banyak lagi. Paklang juga ada jemput saya ke
kenduri aqikah cucunya nanti, minggu depan. Tapi tak dapatlah saya nak hadir,
saya sudah berjanji untuk hadir kenduri kahwin kawan saya. Apa pun, malam ini
sangat bermakna. Seronok dapat mengenali keluarga sendiri, sepatutnya seperti
itulah, berusaha kenal keluarga sendiri walaupun macam ramai sangat.
Comments
Post a Comment