Pakai Sahaja
Pakai Sahaja
15 Februari 2023
Kuala Lumpur: Dahulu saya bukanlah penggemar seluar Jean. Malah saya tak suka seluar Jean. Saya tak pakai langsung seluar Jean. Semacam perasaan jijik bila pakai seluar Jean.
Semuanya bermula ketika saya masih kecil. Dalam umur tadika hingga sekolah rendah macam itu, saya jenis yang tak memilih pakaian. Apa yang mak beli itu yang saya pakai. Apa yang ayah beri itu yang saya pakai. Siapa-siapa yang bagi pakaian kepada saya itu semua saya akan pakai. Langsung tak memilih. Tiada kecenderungan. Tiada keinginan untuk memilih. Bagi saya baju adalah baju. Kalau menutup aurat itulah baju yang sebenar dan itulah yang saya akan pakai (budak tadika PASTI, jadi tahu sikit perkara ini di usia muda). Asalkan selesa, apa salahnya, kan? Disebabkan itu ibu saudara saya terutama maklang saya suka belikan saya seluar Jean. Banyak, maksud saya banyak itu memang banyak. Semacam tiap hari boleh pakai seluar Jean. Tak keluar jalan-jalan pun boleh pakai seluar Jean. Entah kenapa maklang saya pemurah sangat selalu belanja seluar Jean kepada saya.
Mak saya pun sama. Tapi untuk situasi mak saya sangat faham. Saya dahulu budak yang buas (bacaan: nakal). Cukup buas sampai seluar selalu terkoyak di bahagian lutut. Jadi seluar Jean mungkin penyelesaian yang terbaik. Saya teringat dahulu saya pernah jatuh di jalan tar, seluar Jean tak terkoyak tapi lutut luka HAHAHAHAHA pelik betul. Tapi itulah itu.
Kemudian ada satu peristiwa yang menyebabkan saya tinggalkan semua seluar Jean. Yang itu kita simpan untuk kisah kemudian.
Comments
Post a Comment