Realme 9 Pro +

Realme 9 Pro +

26 Februari 2023

Kuching: Telefon ini merupakan pilihan kedua saya. Realme 9 Pro +. Alasan saya adalah sama iaitu telefon ini banyak muncul di dalam carta-carta yang saya tonton di YouTube. Oleh itu saya mula menonton video review berkaitan telefon ini. Ternyata ramai yang memberikan pendapat yang baik tentang telefon ini.

Ciri khas yang menjadikan telefon ini disukai adalah kerana kameranya yang cantik. Kameranya merupakan keluaran Sony yang sangat dipercayai untuk menghasilkan kamera yang baik. Ciri ini adalah sangat sesuai untuk kegunaan saya. Ciri menarik seterusnya adalah telefon ini menggunakan chip set Dimensity 920. Boleh dikatakan chip set yang setanding dengan chip set kegemaran rakyat Malaysia iaitu Snapdragon. Tak cukup lagi, telefon dibekalkan dengan display SUPER AMOLED. Pendek kata display yang sangat cantik. Wahh nampaknya telefon ini benar-benar menarik. Seperti dalam nasihat yang saya peroleh sebelum ini, pengguna biasa perlu mengutamakan dua perkara dalam telefon pintar iaitu kamera dan display. Dalam telefon ini, kedua-dua kriteria ini dipenuhi dengan barang yang sangat baik. Nampaknya ini mungkin telefon paling sesuai dengan saya.

Saya mula membaca spesifikasi yang diberikan kepada telefon ini. Banyak perkara menarik yang telah saya temui. Pengecasan yang pantas, stor simpanan yang besar, sistem penyejukan yang baik, dwi pembesar suara, RAM yang tinggi, dwi sim telco dan banyak lagi. Wah wah nampaknya Realme memang tidak kedekut untuk telefon ini. Harganya juga bawah RM1500, memang pemurah. Saya hampir nekad. Mungkin ini yang saya mahu.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Poco F4 5G

Keburukan Berfikir