Posts

Showing posts from November, 2022

Tapi Orang tahu

Tapi Orang tahu Disember 1, 2022 Kota Samarahan: Tadi Ketika saya nak makan nasi kerabu, saya bukalah drama di Viu, kononnya nak makan sambil tengok cerita. Nama cerita tersebut ialah AI5YA dengan sebutan Aisya. Sementara menunggu cerita itu bermula, saya teringat satu kata-kata adik saya “Angah ini suka betul tonton Sit-com.” Saya membalas “Eh iya ka?” kemudian dia menjawab “Iyalah, angah suka tengok i-Carly, Victorious, The Big Bang Theory, lepas itu ini (The Black Neighborhood).” Dan saya terfikir macam betul. Satu benda tentang diri saya yang saya tak tahu, tapi adik saya tahu. Serta merta otak saya kaitkan dengan Tingkap Johari. Buat yang tidak tahu, Tingkap Johari (bacaan Johari Window) adalah satu segi empat sama dan terbahagi empat, kiranya empat kotak dalam satu kotak lah. Kotak ketiga ialah kotak yang di dalamnya terdapat maklumat tentang sesuatu yang kita tak tahu tentang diri kita, tapi orang lain tahu. Dalam kes saya, inilah maklumatnya. Tak semena-mena tiba-tiba s...

Mari Kahwin

Mari Kahwin Disember 5, 2022 Kota Samarahan: Ingat tak bila ramai-ramai kawan saya nak kahwin? Ya, belum habis lagi. Tak lama lagi cuti semester, hujung tahun, jadi memang seronok, bukan saya, tapi kepada dua lagi kawan saya yang akan berkahwin. Nab dan Mira. Si Nab ini rakan sekelas saya. Ya, kawan sekelas saya semua laku-laku semuanya. Nab akan kahwin hari ahad, kira-kira seminggu selepas saya balik kampung. Insyaallah kendurinya saya datang, walaupun terletak di utara tanah air. Si Mira ini pula kawan semasa PLKN. Yang saya tahu dia baru habis belajar, sekarang terus nak kahwin hahahaha terbaiklah. Sebab dia antara perempuan yang saya anggap setingkat ustazah lah, si Nab pun sama, tapi ini memang setingkat ustazah. Si Mira pula akan kahwin pada hari sabtu. Kira-kira seminggu selepas si Nab ini berkahwin. Insyaallah saya akan usahakan untuk datang kedua-duanya. Tak berhenti di situ ya, awal tahun depan dua lagi kawan saya akan berkahwin. Ya, betul. Marilah kahwin beramai-ramai. Yang ...

Nasi Sate

Nasi Sate November 30, 2022 Kota Samarahan: Baik semua, dengar dulu. Saya di Sarawak ini saya perasan ada terlalu banyak kedai sate berbanding tempat tinggal saya. Jadi saya terfikir tak adakah inovasi antara sate-sate yang ada di sini. Macam itulah saya terfikirkan idea ini. NASI SATE (NASI SATAY). Bukan, bukan nasi impit. Maksud saya nasi putih itu, macam nasi bungkus, kemudian letak timun, bawang, sebungkus kuah kacang, dan yang terakhir, sate, buang batang lah, kemudian makan macam nasi campur. Fahamkan? Kan sedap itu, nampak biasa sahaja, tapi di situlah permainannya. Kiranya pelanggan boleh memilih hendak ambil berapa cucuk, kemudian penjual akan ambil ikut jumlah sate, kemudian harga di bayar ikut harga berapa cucuk tambah harga nasi. Saya sebenarnya agak yakin yang idea ini boleh datangkan keuntungan. Kenapa? Katakan secucuk sate bersamaan 80 sen, minimum orang akan ambil untuk makan dengan nasi mungkin 6 enam cucuk, jadinya 80 sen darab 6 sama dengan RM 4.80 tambah harga nasi ...

Idea Penciptaan Video

Idea Penciptaan Video November 29, 2022. Saya terfikirkan satu idea untuk pencipta video (bacaan; content creator) yang tiada idea nak buat video apa. Baik, cuba dengar sampai habis. BEDAH LAGU. Ya, bedah lagu. Sebagai mana tok guru membuat pengajian bedah kitab, sebagai mana penulis buku menceritakan sinopsis buku mereka, kita perlukan seorang pencipta video untuk ceritakan maksud di sebalik lagu-lagu terkenal di Malaysia. Betul saya cakap, sebab bayangkan ada banyak lagi yang seronok untuk kita dengar, tapi kita tak faham maksud sebenar lagu tersebut. Tambah tambah lagi lagu dengan genre rap, lagilah ramai yang buat-buat faham sebenarnya, cuma boleh terangkan maksud secara umum, bukannya setiap bait-bait rangkap lagu tersebut. Jadi dari mana munculnya idea ini, ini yang saya nak ceritakan. Ketika di sekolah rendah, ketika itu saya ialah murid tahun 4, saya mengaku, saya memang sangat suka mata pelajaran bahasa Melayu. Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, sama sahaja. Sebab apa saya suka? ...

Kenapalah Gelabah?

Kenapalah Gelabah? November 28, 2022. Kota Samarahan: Hari terjumpa dengan pujaan hati. Sudah nampak dia, tak nak fikir banyak, saya ingat nak menyapa dia. Tiba-tiba dia nampak saya. Saya tengok dia, dia tengok saya. Mata bertemu mata. Terus saya gelabah. Apa saya buat? Ya, seperti jejaka yang sebenar, saya menyapa kawannya, dan teruskan perbualan tanpa menyertakan dia dan akhirnya pergi tanpa memandang dia lagi. ARGHHHHHHH! GELABAHNYA RASA SAMPAI SEKARANG YA TUHAN. KENAPALAH AKU GELABAH. KENAPALAH AKU ABAIKAN DIA TADI. SUDAHNYA DENGAN KAWAN DIA JUGA YANG AKU BERCAKAP TADI HAIHHHH. Serta merta saya teringat suatu ketika perkara yang paling jarang berlaku telah berlaku. Pujaan hati pernah cuba memulakan perbualan dengan saya. Pada ketika itu, dia sedang berbual dengan rakannya, maksudnya rakan kami lah, saya ada di situ juga, entah bagaimana perbualannya saya tak ingat, tetapi tiba-tiba rakannya mengaitkan si pujaan hati itu dengan saya. Kemudian si pujaan hati berkata dengan nada berta...

Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta? November 27, 2022 Kota Samarahan: Twice – What is Love TWICE! Apa itu cinta? Tiap hari ku merasakan cinta hanya dari filem, buku atau drama Mmm, itulah cara ku pelajari cinta Hatiku berdegup kencang seolah-olah cerita itu tentang diriku Jantungku berombak dan berdebar Mmm, ku ingin tahu, ku tergilakannya   Ooh, satu hari nanti Adakah ini akan berlaku padaku? Bilakah itu? Siapakah cintaku?   Ku ingin tahu, benarkah ia semanis gula Ku ingin tahu, rasanya terbang di awanan Ku benar-benar ingin tahu Apa itu cinta? Bagaimanakah perasaannya? Ku nak tahu, ku akan senyum sepanjang hari Ku nak tahu, tiba-tiba dunia menjadi indah Ku nak tahu tahu tahu tahu Apa itu cinta? Adakah cinta seperti ini akan datang kepada Ku juga?   Membayangkan ini sahaja Memikirkan ini sahaja Hampir membuat hatiku melendak Mmm, buatku gembira Jika benar ia datang nanti Aku mungkin akan menangis Mmm, aku terlalu ingin tahu, aku...

Bangkitkan Industri Nasyid

Bangkitkan Industri Nasyid November 26, 2022 Kota Samarahan: Baiklah, kalau memang industri nasyid kering idea ingin menghasilkan lagu nasyid yang baharu, saya ada idea. Idea ini memang cantik punya. Kalau memang tiada idea untuk tulis lirik nasyid, saya tahu siapa yang ada idea. Sekolah. Ya, SEKOLAH. Marilah kita jujur, banyak sekolah-sekolah sebenarnya ada lagu nasyid tersendiri yang memang kumpulan nasyid sekolah itu sahaja yang nyanyi. Lebih-lebih lagi kumpulan nasyid yang bertanding dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Jangan kata peringkat kebangsaan, peringkat negeri pun ada. Selalunya sekolah-sekolah agama, terutamanya sekolah menengah. Memang ada lagu nasyid sendiri. Jadi, apa perlu buat? Senang. Pertama, syarikat-syarikat kumpulan nasyid ini pergi beli sahaja lah lagu nasyid tersebut daripada pihak sekolah. Apa? Bagaimana hendak tahu sekolah mana yang ada lagi nasyid sendiri? Lahhhh. Pergilah ke pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Ke peringkat negeri pun tiad...

Nasyid Suram

Nasyid Suram November 25, 2022 Kota Samarahan: Saya teringat masa kecil-kecil dahulu, ada satu cekera padat (CD), baiklah bukannya satu tapi banyak, tapi isi CD tersebut adalah himpunan lagu-lagu nasyid dari pelbagai kumpulan nasyid. Bermula daripada kumpulan Hijjaz iaitu lagu Kasih Kekasih, seterusnya kumpulan lain dan seterusnya. Banyak kumpulan nasyid, ada UNIC, Inteam, Saujana banyak lagi yang saya tak ingat. Memang seronok. Lagu-lagu yang merdu, lirik yang penuh ibrah dan video yang menarik. Siap ada sari kata lagi, boleh ikut bernasyid sekali. Saya dan kakak selalu pasangkan CD tersebut apabila ada peluang. Kami sama-sama minat nasyid. Ingatkan kami sahaja yang sukakan nasyid, rupanya di sekolah banyak kawan kami yang sangat sukakan nasyid-nasyid lama ini. Apabila belajar, atau bermain, atau sedang bosan, bukanlah lagu Aiman Tino yang jadi siulan mulut, tetapi nasyid-nasyid lama ini. Sehingga berakapela kami. Kami siap kenal muka-muka kawan-kawan kami yang selalu berakapela...

Keburukan Berfikir

Keburukan Berfikir November 24, 2022 Kota Samarahan: Saya satu pendapat yang pelik, saya tak suka berfikir. Baik, dengar dulu. Bagi saya perbuatan kita dan fikiran kita seakan-akan mempunyai satu graf. Bayangkan sebuah graf, paksi x adalah fikiran kita dan paksi y ialah perbuatan kita. Bermula dari titik kosong, sedikit kita berfikir, sedikit juga perbuatan kita. Banyak kita berfikir, banyak juga perbuatan kita. Sampai satu tahap, sebanyak sekian-sekian kita berfikir, jumlah perbuatan kita menjadi maksima. Selepas titik tersebut, semakin banyak kita berfikir, semakin berkurang perbuatan kita. Sehinggalah pada satu titik kita terlalu banyak berfikir sehingga menyebabkan kita tak buat apa-apa. Boleh bayang tak grafnya? Apa yang saya cakap ini? Yang saya cuba sampaikan ialah selalu kita terlalu banyak berfikir tentang sesuatu sehinggakan kita tak buat benda yang kita fikirkan. Contoh; saya nampak seorang perempuan cantik, kalau saya tak terfikir apa-apa, saya tak akan menyapanya. ...

K-POP yang Lirikal

K-POP yang Lirikal November 23, 2022 Kota Samarahan: Saya sudah lama terfikir tentang perkara ini. Saya sebenarnya seorang penggemar lagu genre K-POP, khususnya artis JYP iaitu Twice. Lagu mereka sangat menagihkan dengan rentak dan melodi yang memang mengasyikkan. Ramai yang kata lirik lagu K-POP tidak bermakna, tiada maksud yang koheran dan sekadar memenuhi melodi yang merdu semata-mata. Saya bersetuju dengan mereka kerana saya pernah mendengar lagu-lagu K-POP sebegitu. Namun semuanya berubah apabila saya menonton sebuah video. Seorang penyanyi inggeris menyanyikan lagu Love Dive nyanyian asal oleh kumpulan IVE dengan lirik bahasa inggeris. Apa yang mengejutkan ialah betapa lirikal yang lagu yang dinyanyikan tersebut, sangat puitis yang mempunyai banyak makna yang tersirat dalam lirik yang tersurat. Saya menjadi terharu mendengar lagu tersebut. Saya mencari maksud sebenar lirik lagu itu di Google, ternyata itu sememangnya lirik lagu tersebut, tidak berubah, cumanya dinyanyikan d...

Siapa Gaduh?

Siapa Gaduh? November 22, 2022 Kota Samarahan: Beberapa hari lepas, saya ada bermain Instagram, saya terjumpa satu pos di mana terdapat gambar dua watak di dalam bas awam, pertama watak lelaki yang sedang duduk, di dalam perutnya terdapat ayam golek yang sedap, manakala watak kedua adalah seorang wanita mengandung sedang berdiri, di dalam perutnya ada bayi, mestilah kan, mengandung kan? Jadi terdapat tulisan pada posting tersebut yang tertulis “berikan tempat duduk kepada orang yang membawa perkara lebih penting” dalam erti kata lain berikan tempat duduk kepada wanita mengandung lah memandangkan mereka membawa bayi, watak lelaki tadi bawa ayam golek dalam perut. Mestilah saya setuju dengan posting itu memandangkan itu kod moral umum dalam masyarakat kita, muliakan wanita terutamanya yang mengandung, layan mereka seperti mana kita mahu ibu kita dilayan. Saya lihat bahagian komen, ramai yang secara berjenaka menafikan masej tersebut dan memainkan isu feminism dan hak kesamarataan...

Pintu Pertama

Pintu Pertama November 21, 2022 Kota Samarahan: Ada tonton satu video ini, video lama juga, maklumlah telefon banyak video, tak tahu dari mana datangnya video ini, mungkin dari kumpulan Whatsapp yang selalu tandakan sebagai baca. Apapun video itu adalah video lakonan dengan label berdasarkan kisah benar. Video lakonan orang arab tapi dilakon semula suaranya dengan bahasa Melayu. Ceritanya begini, seorang imam ingin menunaikan solat subuh di sebuah masjid yang jauh. Sesampai ia di masjid sebelum subuh, dia terjumpa seorang lelaki yang berdoa memohon Allah memudahkan urusan isterinya yang akan menjalani pembedahan. Mendengar doa yang sayu itu, si imam pun datang kepada lelaki tersebut untuk berbual bertanya khabar. Lelaki itu ceritakan tentang isterinya yang akan menjalani pembedahan namun memerlukan wang tunai dengan jumlah sekian sekian ratus ribu tunai. Lelaki tersebut tiada wang yang cukup dan tinggal berharap kepada Allah. Mereka pun bersama-sama berdoa agar dipermudahkan urusan ist...

Ismail Bin Ismail

Ismail Bin Ismail November 20, 2022 Kota Samarahan: Hari ini saya ada tonton satu video lama. Mungkin tiadalah lama sangat tapi video itu nampaknya di buat semasa perlantikan perdana menteri Malaysia yang kesembilan, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Dalam video itu tuan kepada sebuah kedai makan mengadakan satu promosi di mana sesiapa yang bernama Ismail ataupun mempunyai nama Ismail pada namanya akan menerima satu bekas berisi ikan patin masak tempoyak. Fuh memang sedap itu. Dalam video itu boleh dilihat pelanggan memang menikmati detik tersebut dengan gembira. Promosi yang berbentuk permainan seperti ini sangat menarik dan saya anggap sangat kreatif. Selain mempunyai nilai bersedekah, tuan kedai boleh mengenali pelanggannya dengan lebih dekat. Saya sebenarnya suka promosi seperti ini, rakyat kita mungkin sememangnya memerlukan permainan seperti ini untuk melepaskan lelah penat kehidupan. Kemudian saya jadi terfikir, adakah promosi seperti ini sememangnya dijalankan dengan ikhla...

Makan Seratus

Makan Seratus November 19, 2022 Kota Samarahan: Macam yang saya berniat kelmarin, akhirnya saya tunaikan. Pagi-pagi saya bangun basuh motor. Saya nak bagi motor itu berkilat-kilat. Bersih, suci dan murni. Alhamdulillah bersih, cumanya kesan pita pelekat masih terkesan. Malah, kesan pelekat pemandu percubaan (pelekat P) gamnya masih melekat. Nampaknya mahu tak mahu saya kena beli penyembur penanggal pelekat. Selesai basuh motor, saya terus ke bengkel motosikal. Tapi bengkel kegemaran saya tutup, baru jam 9 pagi waktu itu, atau mungkin memang tutup di hujung minggu, maklumlah hari sabtu. Jadi saya teruskan perjalanan ke bengkel yang saya tak biasa. Sampai sahaja di sana, saya terus pesan: "Bang, tukar cermin sisi, tongkat dan pasangkan nombor plat belakang". Abang itu terus angguk, baik. Dia pusing-pusing cermin sisi terus shiuuuuuuu baling kedua-dua cermin sisi ke dalam tong sampah. Terkesima saya. Saya terfikir aduh bang, cermin sebelah lagi baik lagi abang, abang bagi saya g...

Baru Terjaga

BARU TERJAGA November 18, 2022 Kota Samarahan: Hari ini baru terfikir untuk menjaga motosikal. Saya guna motosikal kapcai Honda Wave 110 keluaran 2010. Beli yang terpakai sahaja (istilah: second hand). Kali terakhir basuh semasa menyertai pertandingan motosikal berhias. Basuh bukan main. Setiap inci kita sentuh. Tak cukup lagi, kita hias dengan kadbod dan bendera. Sekarang tinggal kesan pita dua sisi sahaja (bacaan double tape). Mungkin sekaranglah masanya untuk kita basuh memandangkan sekarang memang waktu cuti. Jadi benda pertama kena buat ialah basuh moto itu. Basuh itu memang tiada hal. Budak sekolah pun reti. Cuma benda-benda lain selepas basuh tu. Mula-mula sekali mungkin sudah boleh pasang semula nombor pendaftaran motosikal di belakang itu. Kalau ditangkap polis boleh disaman RM 40.00. Banyak itu, boleh beli 33 ketul ayam goreng krispi. Kemudian boleh ganti cermin sisi kanan yang sudah retak. Entah kenapa. Tongkat motosikal pun sudah patah. Bukanlah patah semua, patah separuh s...

Keghairahan Jiwa

 KEGHAIRAHAN JIWA November 17, 2022 Kota Samarahan: Hari ini saya tonton satu drama melayu, Viu Original, tajuknya Ganjil (Wonderers). Secara umumnya cerita ini memang seronok, tak macam drama biasa di TV3, cumanya cerita cinta kan, kiranya kurang mesra lah dengan insan yang bujang apatah lagi yang tak berpasangan. Kesian, tapi tonton juga lah sebab seronok. Tapi ada satu isi penting yang menarik dalam cerita itu. Ada satu babak di mana watak lelaki utama, Fattah Amin sedang temu janji dengan watak perempuan, Fatin Afeefa. Dalam babak itu mereka sedang berada di restoran mewah, Fatin tanya Fattah tentang apa yang menarik berkenaan diri Fattah, dan Fattah menjawab tiada apa-apa yang menarik. Disebabkan itu sepanjang temu janji tersebut sunyi tanpa perbualan, hasil temu janji tersebut tidak membuahkan tautan hubungan kerana tiada komunikasi bermakna yang berlaku. Seterusnya pada temu janji kedua, Fattah membawa Fatin ke sebuah galeri seni, dan di situlah Fattah ceritakan tentang mina...