Posts

Showing posts from December, 2022

Jalan Balik Kampung

Jalan Balik Kampung Disember 20, 2022 Parit Buntar: Penulisan yang ini saya khaskan buat diri saya sendiri. Saya selalu lupa jalan balik kampung. Sebelum bergerak mesti tanya mak. Boleh guna Waze atau Google Map, tapi selalunya jalan yang akan guna mesti lain-lain. Jadi lepas ini kalau saya balik kampung saya baca sini sahaja. Dari rumah, keluar cari lebuh raya ikut sahaja jalan hendak ke Kuala Lumpur. Kita bukan hendak ke KL, tapi kita bergerak ke selatan kan. Ikut KL sampailah jumpa Juru, masuk ke Juru kah? Bukan, kita keluar daripada lebuh raya guna Jawi, tapi sebelum Jawi itu Juru walaupun KL dan Juru tiada kaitan dengan Jawi. Kesimpulannya, masuk lebuh raya ke selatan dan keluar ikut Jawi, selagi belum jumpa Jawi jangan keluar. Selepas tol Jawi, ikut jalan ke Ipoh. Destinasi terakhir kita adalah Parit Buntar, tetapi walaupun sudah jumpa nama Parit Buntar di papan tanda, jangan sesekali ikut. Terus sahaja ke Ipoh, sampailah ke simpang lima. Di situlah ambil simpang kanan ya...

Balik Kampung

Balik Kampung Disember 19, 2022 Parit Buntar: Kawan saya hendak kahwin. Ya, perempuan, nama; Nab. Kendurinya di Penang. Jadi sebagai rakan sekelas yang baik dan meraikan kebahagiaan rakannya, saya pun berhasrat untuk ke kenduri tersebut. Sehari sebelum kenduri saya pulang ke kampung halaman di Parit Buntar, memandangkan jarak dari situ ke sana lebih dekat berbanding sini ke sana. Saya sudah maklumkan kepada mak saudara saya (adik-beradik ibu) dan mereka pun sudah memaklumkan di mana saya akan menginap. Memang cantik rancangan. Sampai di kampung, sebenarnya bukanlah kampung sangat. Kampung asalnya terletak di Parit Haji Ali kalau tak silap namanya, kampung yang memang kampung, tapi setelah atok meninggal (takziah dan Al-Fatihah kepadanya), kami sudah tidak pulang ke sana. Alternatifnya kami pulang ke sebuah taman perumahan. Di taman tersebut ada rumah pakngah, paklang, cik lili dan ujang. Empat pasang ibu bapa saudara saya di sana. Kiranya jika ada perayaan, jamuan makan, sambutan...

Aplikasi Snapchat

Aplikasi Snapchat Disember 18, 2022 Parit Buntar: Saya merupakan antara orang terlewat yang menggunakan Snapchat dalam kalangan kawan-kawan kami. Alasan saya adalah kerana telefon saya penuh dan tidak boleh memuat turun aplikasi baharu, ya, Redmi 6 sudah penuh, padamlah banyak mana aplikasi, video, gambar dll semua penuh, sentiasa penuh. Jadi saya tak muat turun Snapchat, sampailah seorang kawan saya iaitu Faiz memberikan telefon pintarnya kepada saya, Vivo, model lama, tapi bolehlah mahu pakai. Jadi, apa yang saya mahu muat turun ke telefon itu. Yup, Snapchat. Saya pun muat turun. Ceritanya waktu itu kami sedang lepak di kedai makan, sambil kawan-kawan main Snapchat. Saya tengok mereka tangkap gambar yang rawak kemudian terus hantar kepada semua orang. Kemudian seorang kawan mula ‘cucuk’ saya dengan mengatakan “kau sesuailah main Snapchat ini, kau selalu buat status Whatsapp, aplikasi ini lebih kurang begitulah” kemudian disambut dengan kawan-kawan lain yang menggalakkan sambil me...

Cas Bateri Kereta

Cas Bateri Kereta Disember 17, 2022 Alor Setar: Kereta habis bateri, lokasi di Aman Central parkir tingkat 5, waktu malam jam 11.45 lebih kurang macam itu, siapa nak tolong. Kereta tiada Jumper. Saya pula tak pernah hadapi situasi begitu. Tiba-tiba ada seorang pakcik yang semacam menjenguk-jenguk kami dari jauh, tak jauh tapi tak dekat. Kami pun beritahu pakcik tersebut masalah yang kami hadapi. Pakcik itu pun menawarkan untuk membantu kami. Dia pergi ke keretanya dan memandunya ke mari. Terasa sedikit lega walaupun masalah belum selesai. Sekurang-kurangnya ada yang tahu. Pakcik itu buka bahagian depan keretanya. Dia mengeluarkan Jumper. Ada dua Jumper, kiri dan kanan, dia pasang ikut warna. Jumper hitam hujung satu pada bateri keretanya dan hujung satu lagi disambungkan dengan bateri kereta kami. Kemudian Jumper merah di sambungkan ke bateri keretanya pada bahagian merah. Dia tidak terus pasang pada kereta saya. Dia sangkutkan pada satu bahagian besi yang lain. Hujung Jumper tersentuh...

Bateri Kereta Kong

Bateri Kereta Kong Disember 16, 2022 Alor Setar: Malam ini kami pergi wayang sebab hendak tonton Filem Mechamato yang baru keluar ini. Kami pergi dua kereta, saya pandu satu. Kiranya sampai di Aman Central itu, naik atas, parkir, tutup kereta, terus keluar. Kemudian kami lepak satu jam sebelum masuk ke panggung wayang. Habis dua jam lebih di pawagam, kami pun hendak balik. Saya pergi ke kereta. Tekan butang kunci. Kereta tak berbunyi. Tekan lagi. Tak bunyi. Alamak. Alat kawalan jauh habis bateri kah? Ketuk-ketuk. Tekan. Ketuk-ketuk. Tekan. Ketuk-ketuk. Tekan. Selepas 30 minit. Ketuk-ketuk. Tekan. Tiada kesan. Alamak. Betulkah habis bateri? Kemudian Tatam telefon tanya sudah gerak atau belum. Kemudian saya beritahu yang kereta tak dapat dibuka. Mungkin sebab alat kawalan jauh habis bateri. Kakak cakap kadang-kadang memang macam itu. Dia cadangkan supaya ketuk-ketuk sahaja alat itu, sampailah boleh digunakan semula. Saya pun sudah rasa tak sabar, terus saya nekad untuk buka menggunakan k...

Pergerakan Waktu Jumaat

Pergerakan Waktu Jumaat Disember 15, 2022 Kampung Tengah: Hari ini saya terjumpa sebuah video Tiktok daripada Dr Kamilin, seorang pakar bahagian hadis. Dalam video itu diceritakan tentang hadis-hadis yang berkaitan dengan khutbah. Pertama adalah tentang hadis ketika sahabat nabi bermain batu kerikil semasa khutbah, nabi mengatakan bahawa perbuatan tersebut dapat membuatkan pahala jumaat menjadi sia-sia. Hadis kedua pula adalah hadis yang sering didengari setiap kali sebelum khutbah, iaitu jangan berkata-kata sekalipun dengan perkataan diamlah ketika khutbah sedang berlangsung kerana itu boleh menyebabkan pahala jumaat menjadi sia-sia. Hadis yang ketiga adalah berkaitan hadis yang membenarkan kita mengubah cara dan tempat duduk untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika khutbah. Kesimpulan pertama yang diperolehi daripada video ini adalah bukannya kita tak boleh bergerak langsung semasa khutbah. HAHAHAHAHAHAHA. Lawak tapi begitulah. Boleh sahaja kita bergerak semasa khutbah, hendak ubah ...

Wang Itu Token

Wang Itu Token Disember 14, 2022 Kodiang: Dalam cerita yang ditulis sebelum ini, saya mengatakan bahawa emas itu adalah wang tunai yang sebenar. Kalau begitu, bagaimana dengan wang kertas? Wang kertas hanyalah sesuatu yang mewakili emas yang disimpan. Nilai wang kertas bergantung kepada nilai emas yang diwakili. Boleh dikatakan wang kertas bernilai kerana emas. Tanpa emas, wang kertas tiada nilai. Dalam erti kata lain wang kertas hanyalah token yang mewakili wang sebenar iaitu emas. Wang kertas digunakan untuk menggantikan emas kerana beberapa faktor. Pertama, wang kertas lebih ringan daripada emas. Oleh itu, wang kertas lebih mudah dibawa, terutamanya dalam jumlah yang lebih besar. Kedua, wang kertas lebih mudah dihasilkan. Satu perkara yang mengejutkan walaupun tidak mengejutkan ialah wang kertas itu boleh dicetak. Ya, tidak mengejutkan. Tetapi bayangkan dalam situasi negara tidak mempunyai cukup wang kertas, mereka tidak perlu membuat kerja lebih masa seperti kita. Cukup petik suis,...

Tabung Solat Jumaat

Tabung Solat Jumaat Disember 13, 2022 Kuala Lumpur: Setiap kali masa khutbah, tengah fokus pada kata-kata khatib, tiba-tiba ada tangan yang dihulur dari tepi. Ada pakcik nak berjabat tangan nak minta salam. Serta merta saya teringatkan tazkirah naqib saya masa sekolah menengah. Dia kata sahabat nabi bila masuk masjid semua macam sudah tak kenal sesama sendiri, sebab nak fokus khutbah dan ibadah, fokus Allah sahaja. Tapi pakcik ini sudah hulur tangan, saya pula sudah tengok tangan dengan muka pakcik itu, kalau dibiar tergantung macam kurang ajar, padahal sedang khutbah, kalau salam macam tak belajar pula. Dilema, kesian tengok pakcik, tergantung sepi, saya pun salam buat lepas syarat hendak fokus semula pada khutbah. Salam. Sudah, sambung fokus. Fokus punya fokus, tiba-tiba ada tabung mengesot dari kanan. Saya tengok tabung, tabung tengok saya. Saya tengok kiri pakcik sudah sedia dengan duit di tangan tunggu tabung datang. Hendak bersedekah. Terus saya teringat ustaz saya semasa tingkat...

Kenapakah Wang Bernilai?

Kenapakah Wang Bernilai? Disember 12, 2022 Subang Jaya: Apakah yang menjadikan wang tunai itu bernilai? Siapakah yang menetapkan nilai pada wang tunai? Itu adalah soalan yang baik untuk kita lihat semula sejarah wang tunai. Macam mana wang tunai boleh wujud? Saya teringat satu kuliah di dalam kelas, ustaz yang mengajar kami itu menceritakan tentang analogi sejarah wang tunai dengan mudah, kanak-kanak pun mungkin akan faham dengan mudah. Ceritanya bermula apabila seorang lelaki A mahu membeli seekor keldai daripada seorang lelaki B. Harga seekor keldai adalah 10 keping emas. Ketika itu emas adalah medium penukaran barangan, dalam erti kata lain, emas adalah wang tunai pada ketika itu. Jadi untuk membawa 10 keping emas itu kepada lelaki B mungkin terdapat beberapa kekangan sama ada emas itu berat, atau takut emas dicuri dalam perjalanan. Jadi apa yang lelaki A buat? Lelaki A menyimpan 10 keping emasnya pada seorang lelaki C lalu lelaki C memberikan semacam token untuk menebus emas terseb...

Baru Berani

Baru Berani Disember 11, 2022 Kuala Lumpur: Penulis ini dibuat pada waktu pagi. Baru bangun dari tidur. Mimpi tadi lain macam. Lokasi tak diketahui, tapi semacam ada kedai tepi jalan sebaris dan ada meja batu seperti yang ada di taman untuk bersantai. Entah macam mana dalam mimpi itu saya dapat tahu pujaan hati saya terlibat dalam kemalangan namun tidaklah cedera parah. Saya tak tunggu lama, terus mencarinya di kawasan itu untuk bertanya keadaannya. Kemudian saya nampak dia sedang bersantai dengan kawan baiknya di satu meja batu yang ada, terus saya lari bertanya "eh, aku dengar kau terlibat kemalangan, kau ok tak?" dan kemudian dia menolehkan wajahnya ke tepi untuk melihat saya. Alamak! Sekali salah oranglah. Kawan baiknya memang ada di situ di hadapan saya, tetapi yang duduk di bahagian tepi itu saya tersalah orang, tak tahu siapa. Untuk yang tak tahu bayangan meja batu ini, saya sedang berdiri di hadapan saya meja batu berbentuk segi empat sama dengan empat kerusi batu di ...

Pelaris Buat Masjid

Pelaris Buat Masjid Disember 10, 2022 Kota Samarahan: Tadi saya ada tonton satu video Tiktok. Satu soalan diajukan kepada Ustaz Adnin yang berbunyi “Apa hukum menggunakan pelaris untuk tarik orang ke masjid?” HAHAHAHAHAHA! Sumpah saya pernah terfikirkan perkara yang sama. Dulu saya pernah makan di sebuah kedai roti canai yang menggunakan pelaris. Selepas terbongkar kedai itu gunakan pelaris, saya terfikir “boleh tak kita guna pelaris untuk mengimarahkan masjid?” Iyalah kan, maksud saya memanglah hukum gunakan pelaris itu berdosa, tetapi jika terbukti berkesan, walaupun bertentangan dengan syariat agama, apa terjadi kalau kita gunakan pelaris yang bertentangan dengan agama ini untuk tujuan agama iaitu mengimarahkan masjid. Berbeza dengan persoalan Tiktok tersebut, saya bukan bertanyakan hukum, saya tanya tentang keberkesanan, apakah yang akan terjadi? Adakah masjid akan betul-betul menjadi imarah? Ataupun mungkin jampi tersebut akan terbatal kerana bacaan-bacaan Al-Quran dan Zikir...

Pelaris Roti Canai

Pelaris Roti Canai Disember 9, 2022 Kota Samarahan: Saya teringat dulu saya selalu makan di sebuah kedai roti canai pada waktu pagi. Kedai mamak, mengaku muslim. Bukan saya sahaja selalu makan di situ, senior-senior, kawan-kawan semua semua suka. Senior-senior hampir tiap kali selepas solat subuh selalu terus ajak beramai-ramai sarapan di sana.   Teringat satu ketika seorang kawan saya bernama Faiz, pada waktu itu hari jadinya. Semua kawan-kawan sambut hari jadinya di kedai itu. Yang menariknya bukan diraikan dengan kek hari jadi, tetapi roti canai dengan lilin hari jadi di atasnya. Memang kelakar. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada setiap kali makan di situ adalah apabila di meja kedai tersebut ada tulisan khat berbentuk figura ataupun haiwan. Satu persoalan yang hadir dalam fikiran saya adalah “bukankah salah satu adab dalam membuat khat adalah tidak boleh dibuat dalam gambaran haiwan atau manusia? Kerana seni gambaran haiwan dan manusia tidak dianjurkan di d...

Piala Dunia Asia

Piala Dunia Asia Disember 8, 2022 Kota Samarahan: Tahun ini merupakan tahun Piala Dunia untuk sukan bola sepak. Saya jujurnya bukan seorang peminat bola sepak, seronok main, tapi bab nak ambil tahu itu macam kurang. Walaubagaimanapun, saya masih menonton beberapa perlawanan Piala Dunia atas sebab raikan kawan-kawan dan ada juga perlawanan yang memang saya teringin tonton permainan mereka. Sekarang perlawanan peringkat kumpulan sudah selesai dan ada beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran saya. KENAPA ORANG ASIA LEMAH DALAM BOLA SEPAK? Jangan salah faham, saya tonton perlawanan pasukan Jepun dan saya tahu keputusan pasukan Korea Selatan, tapi fikirkan betul-betul, semua orang jangkakan pasukan Eropah untuk menang walaupun mereka sebenarnya sokong pasukan lain. Persoalannya KENAPA? Nak kata tiada bakat? Negara China dan India besar tahu, berjuta orang di sana, tak mungkin tiada seorang pun yang berbakat. Jadi saya buat carian dan terjumpa satu pendapat. Pertamanya adalah te...

Telefon Lapuk

Telefon Lapuk Disember 7, 2022 Kota Samarahan: Saya sedang menggunakan telefon pintar jenama Redmi, lebih tepat lagi Redmi 6. Saya ingat lagi ketika saya membeli telefon ini di sebuah kedai terletak di Arau. Asalnya saya menggunakan jenama Asus, namun selepas beberapa lama boleh dikatakan telefon saya ketika itu telah lapuk ditelan zaman. Jadi ayah pun mahu belanja anaknya telefon pintar baharu, anaknya cuma seorang siswa, tiada pendapatan mahupun pengetahuan tentang telefon pintar. Jadi saya yang tiada pengetahuan yang mendalam tentang telefon pintar ini beritahulah yang saya mahukan telefon pintar biasa, untuk kegunaan hari-hari, bukan untuk bermain permainan, sekadar komunikasi dan harga yang murah sudah cukup memuaskan. Saya pun diberi pilihan antara Redmi 5A dan Redmi 6. Saya tanyakan apa bezanya secara mudah, dan tuan kedai menjawab Redmi 5A lebih baik dari Redmi 5 dan Redmi 6 adalah lebih baharu daripada Redmi 5. Jadi menggunakan pertimbangan awam, pasti kita tahu yang mana ...

Assalamualaikum Calon Imam

Assalamualaikum Calon Imam Disember 6, 2022 Kota Samarahan: Saya sekarang tengah layan drama Indonesia di Viu, tajuknya cukup menarik; Assalamualaikum Calon Imam. HAHAHAHAHA aduhai macam ngilu sikit tapi baguslah tajuk menarik. Saya sebenarnya tak jumpa lagi kenapa tajuknya begitu, tapi bila saya tonton cerita itu banyak sebenarnya ibrah yang saya dapat. Cerita itu menunjukkan protagonis seorang lelaki yang tampan, bukan sahaja berpelajaran tetapi beragama, dia singgah solat fardhu di sebuah masjid kegemaran dan selepas itu membuka Al-Quran untuk dibaca. Nampak macam babak biasa kan? Baik, saya teruskan. Dalam waktu yang sama, seorang lelaki kacak yang akan menjadi saingan protagonis tadi turut datang untuk solat fardhu dan seperti protagonis tadi dia selepas itu membuka Al-Quran untuk dibaca. Masih seperti babak biasa kan? Hakikatnya ya ini memang babak biasa. Tetapi babak biasa inilah sebenarnya yang menjentik hati saya. Saya dibesarkan dalam budaya baca Al-Quran selepas maghrib dari...

Ramai-ramai Kahwin

Ramai-ramai Kahwin Disember 4, 2022 Kota Samarahan: Seorang kawan sekolah menengah saya buat kejutan. Saya buka kumpulan Whatsapp dan menerima sebuah jemputan ke Walimatul Urus dan dalam jemputan tersebut tertera nama kawan saya, Mal. Saya fikir, "Lahhhh nak kahwin dah? Awalnya." Alhamdulillah perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar, saya tak dapat pergi, jauh daripada tempat belajar. Ternyata bukan saya sahaja yang terkejut, kawan-kawan sekolah menengah yang lain juga terkejut. Mal seorang yang kuat main-main, suka bergurau dan selalu jadi bahan gurauan. Tak sangka dia yang terlebih dahulu berani memikul tanggungjawab ketua keluarga. Hahahaha hebat betullah. Tapi saya masih rasa yang Mal berkahwin terlalu awal. Maksud saya, mungkin banyak lagi yang kita nak buat sebagai bujang, tetapi itu pilihannya, siapalah saya nak komen. Selepas beberapa masa, tahun lepas rasanya, seorang kawan perempuan saya berkahwin. Tiba-tiba. Itu bukan bahagian yang mengejutkan sekarang. Yang me...

Kawan Kahwin

Kawan Kahwin Disember 3, 2022 Kota Samarahan: Jujurnya kawan kahwin ini bukanlah benda baharu dalam hidup saya. Bermula umur 18 tahun sudah ada kawan saya yang sudahpun berkahwin. Saya berjumpa dengannya di PLKN. Sebaya sahaja kami. Sampailah satu malam ketika kami sedang lepak bersama kem komandan (kemkom), kemkom sengaja bertanya "sini ada yang sudah kahwin?" dan kawan saya itu mengangkat tangan sambil malu-malu. Kami semua ketawa, ingatkan dia bergurau, tetapi selepas beberapa gurauan kami sedar yang dia sedang serius. Kami terkejut, kemkom kami tanya "terlanjurkah?" kami sepertinya mengharapkan jawapan seperti itu, dia terlalu muda bagi kami untuk dia pikul tanggungjawab. Ternyata dia bukan terlanjur, sememangnya ikhlas ingin berkahwin, telahpun berkahwin. Malam itu, sesi borak santai bertukar menjadi sesi perkongsian tentang tanggungjawab seorang lelaki dalam rumah tangga. Walaupun umur saya 18 tahun ketika itu, saya tetap merasakan perbincangan itu terlalu awa...

Tambah Lagi

Tambah Lagi Disember 2, 2022 Kota Samarahan: Tempoh hari saya ada hantar motosikal untuk baiki, dan alhamdulillah motosikal boleh bawa seperti biasa. Cumanya banyak lagi rasanya belum selesai. Bukan apa, alang-alang tunggang, biar sedap. Biar selesa, tambah-tambah kalau nak akan keselamatan. Jadi ada beberapa perkara lah yang perlu saya buat. Bukan sekarang, tapi bila bajet sudah cukuplah. Pertama sekali, brek belakang. Brek makan, cumanya bila tekan itu dia bernyanyi lah, sudahlah suaranya sumbang. Apapun kalau betul kena tukar baharu, saya kena bersedia, mungkin perlu buat pembacaan atau tonton video YouTube dahulu kenapa brek belakang berbunyi. Keduanya ialah lampu isyarat yang tak berkelip, menyala tapi tak berkelip. Susah juga sebab orang jadi tak perasan, tambah-tambah waktu malam. Kalau tak silap benda itu murah sahaja. Selain itu, mungkin sudah sampai masa untuk tukar plug. Iyalah sebab moto boleh sahaja dihidupkan, cumanya kena lah tendang tiga empat kali. Lagi pun sudah berap...