Posts

Showing posts from 2023

Buku Lelaki Bernilai

Buku yang perlu dibaca untuk menjadi lelaki bernilai: 1. Thick Face Black Heart by Chin Ning Chu 2. The 48 Laws of Power by Robert Greene 3. Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki 4. The Rational Male by Rollo Tomassi 5. The Way of The Superior Man by David Deida

Aku Terfikirkan Kau

 Celia Bahagian 464 AKU TERFIKIRKAN KAU Ada beberapa cara untuk mengatakan aku terfikirkan kau tanpa meluahkan apa-apa perkataan. Kita tak selalunya sedar beberapa doa yang tak terluahkan mengharapkan seseorang untuk terus berada di samping kita. Ketika kawan kau menghulurkan buku kegemaran kau, apabila ada poskad dalam peti surat kau, makanan kegemaran menanti di ruang dapur selepas kau lulus UPSR yang kau fikir mungkin akan gagal, berkongsi lagu, mungkin satu mungkin dua mungkin tiga, ketika cerek bersiul kerana si dia tahu sekarang waktu kau minum secangkir teh. Mungkin juga dengan kata-kata aku sudah tempah kedai yang kita teringin itu, atau jom isi pasu kosong itu dengan bunga. Aku terfikirkan kau, itulah perkara yang halus untuk diluahkan, seperti ketika mereka memotong sandwich kau kepada dua kerana tahu kau sukakannya, atau ayat aku buatkan kau air Milo panas, atau aku dengar kau suka benda ini, atau aku buat macam ini sebab aku tahu kau suka macam ini. Banyak cara untuk me...

Mungkin dalam kehidupan seterusnya

 Celia Bahagian 92 Mungkin dalam kehidupan seterusnya Oleh kerana awak tak menyedari kewujudan saya di masa ini Dan itu sebenarnya agak menyakitkan saya Memandangkan gelak tawa saya tak dikenali oleh awak. Saya ingat kesemuanya Tak terfikir yang saya akan semudah ini dilupakan Sedangkan secepat ini saya mengenali awak Tapi saya berpura seolah kita baru berjumpa. Saya tak berusaha lebih Jika awak hanya mahu berselisih Walaupun saya sudah mencari awak seabad Terfikir-fikir di manakah awak menghilang Dan mengetahui kurangnya perasaan awak terhadap saya Itu hampir memusnahkan saya Mengenangkan awak pernah sayangi saya dengan dalamnya. Tapi mungkin di kehidupan seterusnya Awak akan ingat saya lebih lama

Jangan Bunuh Diri

 Jangan Bunuh Diri Jangan bunuh diri hari ini sebab tiada siapa yang akan habiskan ayam di dalam peti sejuk. Jangan bunuh diri hari ini sebab saya dengar berita Starbucks akan dibuka di kampung kita tak lama lagi, bila-bila sahaja dalam bulan depan. Ya, mak kau akan rindukan kau. Ya, rakan-rakan kau akan ceritakan betapa baiknya kau di siaran Facebook mereka. Ya, bunuh diri adalah penyelesaian kekal untuk masalah yang sementara. Tapi kau tahu itu, kau tahu semua itu. Semua orang sudah ingatkan itu berkali-kali dekat engkau sejak hari pertama kau belajar perkataan bunuh diri. Semua slogan itu mungkin sudah pun basi tapi apa-apa yang boleh menahan kau dari bunuh diri semua itu adalah ayat-ayat yang bernilai. Jadi jangan bunuh diri sebelum kau berjaya habiskan shampoo dan perapi rambut serentak. Jangan bunuh diri selagi artis kegemaran kau belum diboikot. Jangan bunuh diri selagi kau tak boleh cerita pada orang tentang resipi rendang terbaik yang kau sudah buat. Jangan bunuh diri seba...

Aku Menulis Babak Terakhir Kita

Aku Menulis Babak Terakhir Kita 11 Ogos 2023 Kedah: Celia - Part 2 Aku menulis babak terakhir kita, dan aku tak tahu bagaimana ia berakhir, tapi satu yang ku tahu, iaitu pasangan kekasih tidak berakhir sebagai kawan. Aku ikat rambut dengan menyelit sebatang pen di tengahnya sambil melihat pesanan terakhirmu, terus aku campakkan buku kita terbang merentas bilik tidurku. Kau tahu aku hebat dalam menulis, aku boleh tulis apa sahaja yang aku maksudkan tapi aku hanya akan merenungnya sahaja selama berbulan-bulan, penulisan ini, inilah novel cinta. *kelihatannya begitu* Dari sini aku tak tahu apa yang akan terjadi dengan kita, "Mana dia orang sekarang ni? Jangan cakap!" kau tahu aku hanya bergurau bila aku katakan begini, itulah kali terakhir kita bercakap. Aku baca semula notaku, apa yang terjadi sebenarnya aku boleh sahaja noktahkan cerita kita di sini tapi kau akan fikir yang itu tak adil. Aku tutup mataku membayangkan diri aku di dalam kepalamu, sebab apa yang kau fikir sampaik...

Aku Ada Hati Denganmu

 Aku Ada Hati Denganmu 12 Ogos 2023 Kedah: Celia - Part 485 Aku ada hati denganmu, tetapi bukan seperti mana orang dilamun cinta di zaman kini bercinta, ketika kamu merisik media sosial mereka dan rakan-rakanmu turut mengitai siapakah dia. Yang aku maksudkan adalah seperti aku mahu merakam gelak tawa mu, mainkan semula senyumanmu di hadapan tuhan lalu berterima kasih mewakili semua orang yang mengenalimu. Yang aku maksudkan adalah seperti mana ketika kamu menyusun aku semula, memperbaiki kebiasaan buruk ku, kerana kamu aku mahu menjadi lebih baik dan semestinya untuk kebaikan aku juga setelah kamu. Kamu menginspirasikan perspektif baharu pada diriku, memegang cermin untukku sambil berkata "awak sememangnya patut menjadi lebih perseptif." Kamu memegang sisi terbaikku dan kamu juga yang memberi ruang pada sisi buruk ku sambil berlagak spontan dengan diriku, kerana bergitulah cinta sepantasnya tidak perlu disusun, dan setiap ruang itu mungkin terisi -aku mungkin tak seperti yang...

Kegagalan Projek di Kelantan: Terminal Bas Kota Bharu

Kegagalan Projek di Kelantan Terminal Bas Kota Bharu 13 Ogos 2023 Kubang Pasu: 20 tahun Terminal Bas Kota Bharu tak siap! Ketika pembangunan Kota Bharu Mall 2003/2004 yang di dalamnya dijanjikan sebuah terminal bas untuk kegunaan anak Kelantan terutamanya yang di perantauan. Terminal tersebut dikatakan sebagai terminal bas sementara sahaja. Ya, sementara... iaitu selama 10 tahun. Terminal bas tersebut dilihat sangat uzur, bumbung zinknya tidak mampu pun memayungi sebuah bas dan terminal inilah yang dikatakan sebagai terminal bas negeri. tempat parkir yang sediakan pula seperti padang jarak padang terkukur, luas boleh digunakan sebagai parkir yang banyak tetapi langsung tidak diletakkan tar jalan dan dibiarkan berlecak (berlubang). Jujur saya tak pernah ke terminal bas tersebut, semua maklumat yang diperolehi daripada media massa terutamanya ketika kempen PRN. Kononnya inilah isu yang diangkat-angkat oleh parti BN dan PH bagi mempengaruhi rakyat kelantan supaya jangan mengundi PN. Namun...

Realme 9 Pro +

Realme 9 Pro + 26 Februari 2023 Kuching: Telefon ini merupakan pilihan kedua saya. Realme 9 Pro +. Alasan saya adalah sama iaitu telefon ini banyak muncul di dalam carta-carta yang saya tonton di YouTube. Oleh itu saya mula menonton video review berkaitan telefon ini. Ternyata ramai yang memberikan pendapat yang baik tentang telefon ini. Ciri khas yang menjadikan telefon ini disukai adalah kerana kameranya yang cantik. Kameranya merupakan keluaran Sony yang sangat dipercayai untuk menghasilkan kamera yang baik. Ciri ini adalah sangat sesuai untuk kegunaan saya. Ciri menarik seterusnya adalah telefon ini menggunakan chip set Dimensity 920. Boleh dikatakan chip set yang setanding dengan chip set kegemaran rakyat Malaysia iaitu Snapdragon. Tak cukup lagi, telefon dibekalkan dengan display SUPER AMOLED. Pendek kata display yang sangat cantik. Wahh nampaknya telefon ini benar-benar menarik. Seperti dalam nasihat yang saya peroleh sebelum ini, pengguna biasa perlu mengutamakan dua perkara da...

Poco F4 5G

Poco F4 5G 25 Februari 2023 Kuching: Telefon Redmi 6 saya baru sahaja rosak. Jadi saya bertukar kepada sebuah telefon baharu. Realme 10 Pro. Telefon pintar ini merupakan telefon keluaran tahun lepas, ya tahun lepas padahal baru 2 bulan lepas. Sebelum beli biasalah kita akan tengok carta telefon pintar terbaik dari YouTube. Yang bawah RM1000, bawah RM1000, yang entry level, yang midrange, yang ex flagship, yang second hand dan banyak lagi. Selepas tonton video-video itu, saya buat satu senarai pendek telefon-telefon yang mungkin saya hendak beli, dan tangga teratas bagi senarai tersebut adalah...ya, bukan Realme hahahahaha tapi Poco. Spesifiknya Poco F4 5G. Ya, sebab dalam kebanyakan video yang saya tonton, mesti telefon ini akan tersenarai, kiranya memang terbaiklah untuk dibeli dalam bajet yang saya tetapkan. Saya memang sudah betul-betul berminat. Saya mula tonton video-video review berkenaan Poco F4 5G tersebut dari pelbagai siaran akaun YouTube. Memang terbaiklah kebanyakan review....

Pakai Sahaja

Pakai Sahaja 15 Februari 2023 Kuala Lumpur: Dahulu saya bukanlah penggemar seluar Jean. Malah saya tak suka seluar Jean. Saya tak pakai langsung seluar Jean. Semacam perasaan jijik bila pakai seluar Jean. Semuanya bermula ketika saya masih kecil. Dalam umur tadika hingga sekolah rendah macam itu, saya jenis yang tak memilih pakaian. Apa yang mak beli itu yang saya pakai. Apa yang ayah beri itu yang saya pakai. Siapa-siapa yang bagi pakaian kepada saya itu semua saya akan pakai. Langsung tak memilih. Tiada kecenderungan. Tiada keinginan untuk memilih. Bagi saya baju adalah baju. Kalau menutup aurat itulah baju yang sebenar dan itulah yang saya akan pakai (budak tadika PASTI, jadi tahu sikit perkara ini di usia muda). Asalkan selesa, apa salahnya, kan? Disebabkan itu ibu saudara saya terutama maklang saya suka belikan saya seluar Jean. Banyak, maksud saya banyak itu memang banyak. Semacam tiap hari boleh pakai seluar Jean. Tak keluar jalan-jalan pun boleh pakai seluar Jean. Entah kenapa ...

Sweatshirt Kelabu

Sweatshirt Kelabu 17 Februari 2023 Kota Samarahan: Baru-baru ini saya ke sebuah kedai bundle. Hasrat asal saya untuk buang masa sementara tunggu baju kering di dobi. Nampaknya hari ini ada stok baru masuk, dan kebanyakannya adalah sweatshirt. Sweatshirt adalah baju berkain kapas lengan panjang bercekak lengan yang dipakai dalam keadaan sejuk. Saya tengok satu per satu. Cantik. Kebanyakannya daripada jenama Uniqlo. Jackpot.  Saya belek lagi. Hampir separuh daripadanya baju perempuan. Kurang lagi dari separuh mempunyai grafik. Kebanyakannya kosong tanpa grafik. Warna kelabu mendominasi. Soalannya, kelabu mana yang menjadi pilihan hati? Banyak yang menarik perhatian. Selepas menilai setiap baju, bayangan bagaimana kombinasi pakaian, keadaan duit di dalam dompet akhirnya saya ambil warna kelabu gelap. Tak sabar nak pakai, nak tahu juga kena dengan rupa saya atau tidak. Soalannya, bila hendak pakai?

Kombinasi: Sweatshirt kelabu dan Straight cut jean biru navy.

Kombinasi: Sweatshirt kelabu dan Straight cut jean biru navy. 18 Februari 2023 Kuching: Hari saya nak ke pusat membeli-belah. Ada barangan yang perlu dibeli. Tapi itu bukan cerita saya. Saya ini sebelum ini keluar pakai sahaja apa-apa baju, tak kira cantik atau tidak asalkan selesa. Tapi sekarang saya sudah faham penting untuk berpakaian sesuai dengan situasi supaya lebih sopan dan senonoh di mata masyarakat. Jadi saya pun pakailah kombinasi pakaian ini. Saya dapat idea dari YouTube. Sweatshirt kelabu dengan seluar Jean straight cut warna biru navy. Saya tengok cermin, memang bergaya jugalah. Gaya kasual minimalis. Bagi saya gaya ini sesuai untuk lepak-lepak di tempat yang sejuk berhawa dingin atau pada waktu malam sebab pakaian ini agak tebal untuk cuaca di Malaysia. Dari segi impresi, saya rasa nampak sedikit feminin, sedikit sahaja. Mungkin sebab lengan panjang atau sebab perempuan yang selalu pakai sweatshirt. Tapi rupa maskulin itu lebih dominan sebab warna dan bentuknya yang agak...

Yaakob Si Beg Dobi

Yaakob Si Beg Dobi 20 Februari 2023 Kota Samarahan: Had masa 30 minit untuk mencari pengganti Jackie. Tolak masa makan ada lagi beberapa belas minit. Tak tunggu lama terus ke pasaraya pertama. Cari punya cari punya pusing tiada. Bukan tiada, ada tapi bentuk silinder panjang macam timba baju busuk di rumah. Ini tak boleh bawa naik motosikal. Saya nak yang empat segi besar gedabak itu ha. Destinasi seterusnya, MR DIY. Agak yakin mungkin ada, pusing-pusing tiada. Eh? Ingatkan dalam ini ada semua. Rupanya tiada beg dobi empat segi. Masa 30 minit telah tamat. Saya terus ke dobi semula. Letakkan semua baju yang telah dibasuh ke dalam pengering. Baju-baju saya letak dalam sarung bantal, tuala, selimut, ikat kemudian baru masukkan ke dalam pengering. Letak token, masa 25 minit. Misi mencari pengganti Jackie kali kedua, had masa 25 minit bermula sekarang. Saya ke pasaraya kedua. Kemudian ke MR DIY kedua, ingatkan ada, tiada juga lah. Dekat manalah saya beli sebelum ini, hairan betul. Saya tengo...

Jackie Si Beg Dobi

Jackie Si Beg Dobi 19 Februari 2023 Kota Samarahan: Hari ini saya mahu mendobi, puncanya pakaian penting semuanya sudah kotor. Dua baldi sudah penuh, tuang masuk ke dalam Jackie si beg Dobi, penuh terus. Saya ke dobi bagaimana? Ya, motosikal. Bagaimana? Ya, letak di belakang motor dan berdoa serta tawakkal. Rutin dobi begitulah, dua minggu sekali, RM20 dapat 24 token, 7 token satu mesin basuh, dua mesin basuh sama dengan 14 token, baki guna untuk pengering sampai kering. Mula-mula bawa motor ke hadapan blok dahulu, enjin biar hidup tongkat tepi, naik bilik bawa turun Jackie letak atas tempat duduk belakang, naik galas walaupun talinya bukan untuk galas, doa banyak-banyak terus jalan. Di bonggol kita bawa perlahan sedikit, perlahan banyak sebenarnya, takut terjatuh beg (berdasarkan pengalaman) kemudian dengan tertib terus ke dobi. Saya jenis yang setia, pengguna dobi yang sama sahaja, sebab dekat, terbiasa dan tak banyak cekadak. Lalu sahaja depan dobi itu ALAMAK tutuplah pula. Otak lig...

Ke Kenduri Nab

Ke Kenduri Nab Disember 23, 2022 Pulau Pinang: Hari ini kami akan ke Pulau Pinang untuk hadiri majlis perkahwinan si Nab. Subuh kami di surau, ramai-ramai tanpa dirancang. Mungkin hasil didikan dari dulu hingga sekarang. Tapi alasan saya solat di surau cuma sebab saya lupa arah kiblat dalam rumah HAHAHAHAHAHAHA. Lepas solat kami bertembung dengan paklang saya, dia ada juga di surau tadi. Dia menjemput kami untuk bersarapan di rumahnya. Rancangan asal kami adalah bergerak ke Pulau Pinang jam 8.00 pagi, sarapan di sana, jalan-jalan dahulu barulah ke kenduri si Nab. Tapi disebabkan paklang sudah ajak, takkanlah kami hendak menolak. Kami pun setuju sahaja. Paklang cakap datang ke rumahnya jam 9.00 pagi. Kiranya pergerakan kami sedikit dilewatkanlah. Tapi tidak mengapa, makanan percuma, siapa hendak tolak. Kami pulang ke rumah pakngah, mandi-mandi bersiap-siap kemas barang-barang dan kemudian berbincang mengenai pergerakan kami nanti di Pulau Pinang. Seorang rakan kami mahu ikut serta...

Paklang yang Ramah

Paklang yang Ramah Disember 22, 2022 Parit Buntar: Selepas makan-makan, saya dan kawan-kawan semua tunaikan solat di surau Taman Desa Indah secara berjemaah. Kemudian kami sambung solat isyak secara jamak qasar. Selepas itu, paklang ajak kami ke rumahnya. Kami pun iyakan sahajalah. Bukan ada rancangan pun untuk malam ini. Paklang menjemput kami masuk dengan mambawa cucunya yang baru lahir. Comel; Namanya Matin. Itu nama pendek, nama panjangnya terlalu berbelit, saya pun tak hafal. Kami pun bermainlah dengan cucu paklang itu. Sambil bermain itu baru saya perasan. Cucu paklang, maksudnya anak kepada anaknya, maksudnya sepupu saya, maksudnya sepupu saya sudah ada anak, maksudnya ini anak buah saya, maksudnya saya sudah ada anak buah, maksudnya saya sudah jadi pakngah lah. Terkejut saya. Saya tahu sepupu saya sudah berkahwin, tetapi sudah ada anak, itu saya terkejut. Lebih mengejutkan, paklang kata itu cucunya yang kedua. Maksudnya dia ada lagi seorang cucu, maksudnya seorang lagi ...

Layan Tetamu

Layan Tetamu Disember 21, 2022 Parit Buntar: Masih lagi cerita tentang saya dalam perjalanan hendak ke kenduri si Nab. Saya bermalam di rumah pakngah saya bagi memudahkan perjalanan ke Penang. Rumah pakngah saya di Parit Buntar. Inilah rancangan perjalanan saya untuk ke kenduri si Nab ini dan ada beritahu kawan-kawan tentang rancangan saya. Mereka pun hendak pergi ke kenduri tersebut dan ingin menumpang bermalam di rumah pakngah saya. Saya telah maklumkan kepada sepupu dan ibu saudara saya lalu mereka membenarkan. Kawan-kawan saya; Asad, Acap dan Zul akan bergerak dari selatan ke utara dengan menaiki bas. Ikut rancangan, saya akan menjemput mereka di stesyen bas Parit Buntar apabila mereka telah sampai. Dipendekkan cerita, mereka sampai pada waktu petang. Jadi saya menjemput mereka dengan kereta dan bawa ke rumah pakngah. Masa itu, jamuan sambutan hari jadi acik sedang berlangsung. Pada mulanya saya tidak merasa apa-apa, sekadar bawa kawan-kawan ke rumah macam biasalah. Tapi difi...

Poco F4 5G

Poco F4 5G 25 Februari 2023 Kuching: Telefon Redmi 6 saya baru sahaja rosak. Jadi saya bertukar kepada sebuah telefon baharu. Realme 10 Pro. Telefon pintar ini merupakan telefon keluaran tahun lepas, ya tahun lepas padahal baru 2 bulan lepas. Sebelum beli biasalah kita akan tengok carta telefon pintar terbaik dari YouTube. Yang bawah RM1000, bawah RM1000, yang entry level, yang midrange, yang ex flagship, yang second hand dan banyak lagi. Selepas tonton video-video itu, saya buat satu senarai pendek telefon-telefon yang mungkin saya hendak beli, dan tangga teratas bagi senarai tersebut adalah...ya, bukan Realme hahahahaha tapi Poco. Spesifiknya Poco F4 5G. Ya, sebab dalam kebanyakan video yang saya tonton, mesti telefon ini akan tersenarai, kiranya memang terbaiklah untuk dibeli dalam bajet yang saya tetapkan. Saya memang sudah betul-betul berminat. Saya mula tonton video-video review berkenaan Poco F4 5G tersebut dari pelbagai siaran akaun YouTube. Memang terbaiklah kebanyakan review....

Ayam Lemon

Ayam Lemon 24 Februari 2023 Kota Samarahan: Hari ini saya ke sebuah kedai makan. Bukanlah kedai makan kegemaran sebab saya sendiri pun baru beberapa kali makan di kedai itu tapi setakat ini prestasinya memang tiptop syababan, bagus, sedap dan konsisten. Hari ini saya nak cuba satu menu yang menarik perhatian saya; nasi ayam lemon. Ayam lemon? Macam mana itu? Haa inilah yang saya nak tahu. Saya pun pesanlah satu. Nasi pun sampai. Ayam dipotong kecil seperti ayam popcorn, kuahnya kelihatan seperti madu. Celup jari rasa sedikit, hmmmm rasa masam-masam manis. Sedap. Sekarang cuba makan dengan nasi pula. Hmmm. Bolehlah. Tapi entah kenapa makin makan rasa makin muak. Sedap sahaja sebenarnya. Mungkin rasa masam-masam manis itu pada saya kurang sesuai kalau makan dengan nasi. Akhirnya saya makan tak habis (tinggal sesuap nasi lagi). Pengajarannya apa? Ya, itu kali pertama dan terakhir saya akan pesan makanan itu.

Telefon Sayang

Telefon Sayang 23 Februari 2023 Tabuan: Dalam perjalanan pulang ke asrama, kami dua orang dalam kereta, saya dan Nash, Proton Saga, masing-masing mengantuk tunggu nak balik. Tiba-tiba ada orang telefon Nash, Nash angkat dan mula berbual. Ingatkan perbualan biasa tapi entah terasa Nash lebih ramah dan mesra daripada sebelumnya. Sebelumnya maksudnya normalnya. Ini tak normal, mesra yang mesra. Lepas itu terdengar awak saya awak saya dan terdengar cerita rawak tentang hari masing-masing. Oh tuhan, ini perempuan, dan bukan sebarangan perempuan, ini pujaan hati Nash. Buat-buat tak dengar sahajalah, rasa semacam malu pula. Tiba-tiba nama saya terbit dalam perbualan mereka, ini mesti dia tanya dari mana dengan siapa ini. Erkkkk. Buat-buat tak dengar. Tiba-tiba si Nash ajak berbual sekali lah pula dengan pembesar suara telefon. Jadilah perbualan tiga orang buat sementara berjambatankan Nash di tengah-tengah sebagai posmen perbualan. Topiknya: kenapa saya masih belum berpunya. Malu, kekok, ngil...

Melawat Orang Asing

Melawat Orang Asing 22 Februari 2023 Kuching: Jadi lepas pemeriksaan kesihatan Nash, kami pun melawat sorang junior kami di hospital yang sama. Perempuan nama Anis, jatuh dari tingkat tiga. Tiada kecederaan luar, tapi di dalam ya sangat cedera. Leher patah, tulang rusuk depan patah, tangan sebelah cedera, kaki sebelah bengkak dan lain-lain yang saya tak tahu. Tapi Anis ini bukan kawan saya, tak kenal pun, tapi alang-alang sudah di sini kami melawat sahajalah, raikan pesakit. Boleh masuk dua orang sahaja sekali, kami datang ke wad berempat, salah seorang warden. Jadi seorang warden dan kami lagi tiga orang bergilir-gilir. Saya giliran terakhir. Saya tak perkenalkan diri atau tanya namanya, terus tanya khabar dan perincian tentang rawatannya di hospital. Saya cuba bergurau walaupun kekok tetapi nasib baiklah dia mahu melayan. Dia sebenarnya sedang dalam masa makan, ada nasi sup ayam di atas meja semasa kami bersembang. Tidak mahu ganggu masa rehatnya, saya hanya berbual beberapa minit sa...

Teman Pemeriksaan Kesihatan

Teman Pemeriksaan Kesihatan 21 Februari 2023 Kuching: Hari ini sepatutnya teman sebilik saya yang temankan jiran sebelah buat pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak. Sekurang-kurangnya itulah yang mereka beritahu. Jadi dia minta saya kejutkan dia di awal pagi. Sebagai teman bilik yang baik (ecehhh) saya pun bangun seawal 5.30 pagi untuk kejutkan dia. Sudah kejutkan, tak mahu bangun. Kemudian azan, saya kejutkan, dia masih tak mahu bangun. Kemudian saya pergi solat berjemaah di pusat Islam, pulang solat dia masih tidur. Saya kejut dia, masih belum bangun. Sebelum saya teruskan cerita, teman bilik saya orang yang bangun subuh. Selalunya dia solat masa saya di pusat Islam dan tidur semula. Jiran bilik sudah munculkan diri. Tak, dia tak mandi lagi, tapi dia nak pastikan kalau-kalau teman sebilik saya boleh temankan dia ke hospital. Menyimpang sedikit, teman sebilik saya nama Wang dan jiran bilik nama Nash. Jadi Wang tak nak bangun, saya tahu dia dengar saya kejut. Buktinya dia seka...